Isnin, 25 Januari 2010

‘Orang Mude Geng Kite’ Ke Utara Pada 29 Januari


http://buletinonline.net/images/stories/berita21/faizulomgk.jpgKUALA TERENGGANU – Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) menjemput dan mempersilakan semua ‘orang muda’ untuk bersama-sama menyertai program ‘Orang Mude Geng Kite’ (OMGK) yang akan di adakan di Kampung Bari Besar pada hari Jumaat, 29 Januari.

Setiausaha DPPNT, Wan Faizul A bbas berkata, program tersebut akan diadakan sehari suntuk bermula dari jam 9 pagi hingga 12.00 tengah malam.

Menurutnya, antara aktiviti yang menarik adalah Santai Bersama ‘anak Tok Guru’, Sukaneka dan Ceramah Pemuda.

Selain itu, katanya, orang-orang muda yang suka ‘merempit’ boleh berkongsi pengalaman dan kemahiran dalam permotoran dengan menyertai program bersama Kelab Motor Alternatif atau Alternative Riding Club (ARC).

”Program akan dimulakan pada jam 9 pagi dengan ‘Santai Bersama Anak Tok Guru’ dan berakhir jam 12.00 tengah malam dengan ceramah isu-isu semasa yang akan bermula jam 9.30 malam,”katanya ketika menghubungi Buletinonline.

Sehubungan itu, kata beliau, satu gerak gempur Pemuda akan diadakan sehari sebelumnya pada 28 Januari.

Menurutnya, seramai 20 orang pemuda PAS dari setiap kawasan seluruh negeri akan akan turun ke setiap DUN dalam Parlimen Besut dan Setiu.

”Mereka akan bertemu dan beramah mesra dengan orang-orang muda diseluruh Besut dan Setiu dan menganjurkan beberapa program,

”antaranya adalah ekspedisi dakwah, santai bersama pemuda di padang bola dan kedai kopi, ceramah kelompok, serta tayangan vcd terpilih,”jelasnya.

Katanya ‘Orang Mude Geng Kite’ akan jadi tema program dan semua aktiviti pemuda PAS dalam usaha mendekati dan menyelami ‘hati muda’ supaya dapat bersama-sama dengan PAS.

Tiada ulasan: