Jumaat, 3 April 2009

Berita Tergempar Najib Hari Ini dan Anwar Esok

MALAYADAILY
[ Terkini jam 8.17 pm ]


Sebentar tadi Perdana Menteri baru Datuk Seri Najib Tun Razak membuat satu kenyataan untuk membebaskan 13 Tahanan Isa termasuk menarik semula pergantungan permit terhadap 2 Akhbar yang sebelum ini di tarik balik iaitu akhbar Suara KeADILan dan juga Harakah.

Berita gembira ini baru sahaja di maklumkan sebentar tadi. "Saya ingin mengambil kesempatan ini mengumumkan bahawa kerajaan akan menarik balik larangan penerbitan sementara bagi dua surat khabar, membebaskan 13 tahanan ISA, berkuatkuasa serta-merta," kata perdana menteri.

Sebelum ini menurut Saifuddin Nasution Datuk Seri Anwar Ibrahim di jangka akan membuat satu pengumuman tergempar esok dan hari ini kita di kejutklan lagi dengan berita yang menggembirakan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak yang rata rata menggembirakan seuruh rakyat Malaysia.

Yang pasti kita mengharapkan agat niat murni beliaua tidak di susuli dengan motif tersendiri dan ia merupakan permulaan baik sebagai Perdana Menteri baru ke Malaysia hari ini.

Pemimpin Hindraf juga gembira dengan keputusan ini selepas satu rayuan di buat terhadap Najib iuntuk melepaskan tahanan tahanan ISA.

Walaubagaimanapun nama nama tahanan tersebut masih belum di keluarkan lagi secara rasmi.

Tiada ulasan: