Ahad, 8 Februari 2009

Pemuda Umno Perak buat laporan polis

MSTAR ONLINE


IPOH: Pemuda Umno Perak hari ini membuat laporan polis terhadap beberapa pemimpin Pakatan Rakyat (PR) kerana didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan hingga mencetuskan rusuhan di Kuala Kangsar semalam.

Ketua pergerakan itu, Zainal Fadzli Paharudin berkata kenyataan yang dibuat pemimpin Pakatan Rakyat iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin amat mendukacitakan.

"Sebagai rakyat Perak kita tersentuh dengan budaya yang ditampilkan oleh penyokong Pakatan Rakyat dan sepatutnya mereka mengambil tindakan sewajarnya melalui undang-undang institusi Raja Berpelembagaan," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di sini hari ini.

Zainal Fadzli berkata, Kementerian Dalam Negeri perlu mengambil tindakan terhadap akhbar Harakah dan laman-laman web yang cuba menghasut rakyat mempercayai apa yang ditulis mereka.

Jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan yang dibuat oleh Ketua Pemuda Umno Perak pada pukul 12.50 tengah hari ini.

Tiada ulasan: