Khamis, 5 Februari 2009

DAP anggap Najib Razak 'perompak politik'

Muhammad Yusri Amin


KOTA BHARU - Tindakan Timbalan Presiden Umno, Dato' Seri Najib Razak memancing Adun Pakatan Rakyat di Perak dengan wang ringgit sebagai 'perompak politik'.

Ketua Pemuda DAP, Loke Siew Fook mencabar bakal Perdana Menteri itu kalau beliau seorang yang berpendirian dan berprinsip, biarlah rakyat Perak yang menentukan parti mana yang menjadi kerajaan.

Menurutnya tindakan yang dilakukan seorang pemimpin utama Umno begitu memalukan sehingga mengenepikan pilihan rakyat sebelum ini.

"Saya sebagai Ketua Pemuda DAP mencabar Najib kalau dia mempunyai prinsip biarlah rakyat Perak menentukan sendiri kerajaan mereka melalui pilihan raya," katanya selepas menerima 500 borang menyertai DAP daripada ahli MCA dan Gerakan di sini, petang tadi.

Pengerusi DAP Kota Bharu, Tan Ah Chio menyerah borang menyertai DAP daripada penyokong parti kompenan BN kepada Loke Siew Fook.

Turut hadir pada majlis itu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Perpaduan Masyarakat Negeri Dato' Anuar Tan Abdullah dan Adun Teratai, Selangor, Jenice Lee Ying Ha.

Beliau yang juga anggota Parlimen Rasah menganggap bakal Perdana Menteri sebagai pencuri demokrasi. - mj _

Tiada ulasan: