MAAYSIA KINI
Sekolah Rendah Cina Damansara - yang ditutup sejak lapan tahun lalu - dibuka semula hari ini di bawah nama baru SJKC Chung Hwa.
Kegembiraan para aktivis dan ibu bapa bagaimanapun dibayangi oleh "perang" antara MCA dan DAP.
Katanya, pemilihan anggotanya dilakukan melaui proses pengundian yang rapi. Sepuluh daripada 12 anggota jawatankuasa tersebut bersetuju dengan senarai nama berkenaan.
Bagaimanapun, katanya, pihak kementerian hanya memberi sembilan tempat kepada pihak jawatankuasa tersebut.
Katanya, memandangkan kedudukan Chin yang lebih rendah dalam senarai anggota jawatankuasa tersebut, maka beliau tidak layak mengisi jawatan tersebut.
Chong juga menjelaskan bahawa lembaga tersebut tidak mempunyai anggota yang tinggal di luar negara.
"Semua anggota jawatankuasa tersebut dibenar menghadapi mesyuarat tergempar pada hari Sabtu.
"Bagaimanapun, penduduk yang bukan anggota memang tidak dibenarkan menghadirinya," katanya.
Beliau berkata, lembaga tersebut ditubuhkan mengikut peraturan, tetapi strukturnya akan ditukar kemudiannya apabila badan-badan - seperti alumni dan persatuan ibu bapa - ditubuhkan.
Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Wee Ka Siong singgah sekejap di sekolah tersebut pagi tadi tanpa menghadiri majlis pembukaannya, kerana beliau mempunyai tugas yang lain.
Dua kain rentang dilihat digantung di depan sekolah berkenaan, membantah keputusan jawatankuasa SOS Damansara itu serta mendakwa Wee campur tangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan