harakah daily
Sebelum ini banyak pihak mengandaikan kira-kira 8,000 pengundi Cina menjadi penentu pilihan raya kecil Kuala Terengganu Sabtu ini. namun fakta itu kini cuba dilupakan.
Tentunya ada sesuatu yang mengejutkan berlaku sehingga media massa tidak lagi memainkan undi kaum Cina menjadi penentu, sebagaimana pernah diuar-uarkan sebelum ini.
Menjelang hari-hari terakhir kempen, nampaknya calon Barisan Nasional (BN), Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh terpaksa bergantung kepada faktor lain termasuk polis yang pernah berada di bawahnya sebelum ini.
Kehadiran berulang kali pemimpin-pemimpin kanan DAP antaranya Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Teresa Kok, manakala pemimpin KeADILan, Tian Chua dan ramai lagi menyebabkan kampung yang didiami kaum Cina semakin mesra dengan calon PAS.
Penempatan tersebut termasuk Kampung Tiong dan Kampung Cina Inilah hakikat yang berlaku sekarang dan tidak dapat lagi dinafikan media kerajaan.
Mengulas perkembangan itu, Adun Wakaf Mempelam, Haji Mohd Abdul Wahid Endut juga memberitahu beliau begitu terharu dengan sokongan masyarakat bukan Islam terutamanya kaum Cina sekarang.
"Pertama kali saya bertanding pada pilihan raya kecil di Dun Bandar pada 1986, ketika saya datang menemui mereka di pasar, ramai yang enggan ditemui. Mereka tidak melayan kehadiran saya.
"Namun sekarang Alhamdulillah berlaku perubahan yang cukup luar biasa. Ketika saya berkunjung ke perkampungan mereka dengan rakan-rakan daripada Pakatan Rakyat sambutan cukup menarik.
"Malah ramai yang datang menemui saya dan menyatakan sokongan," katanya juga calon PAS pilihan raya kecil Kuala Terengganu ketika ditemui di rumahnya kelmarin.
Beliau baru pulang daripada berkempen kelihatan keletihan, namun masih sempat lagi berkongsi maklumat apa yang berlaku.
Abdul Wahid berkata, perubahan momentum sokongan rakyat bukan Islam dapat dilihat dengan jelas sekarang.
Bekas anggota parlimen Bachok, Wan Nik Wan Yusof berkata, situasi pilihan raya umum Mac tahun lalu kelihatan masih kekal di Terengganu sekarang, serupa dengan apa yang berlaku di Permatang Pauh sebelum ini.
Katanya, biar pun kerajaan telah menurunkan harga minyak, namun tekanan hidup masih berlaku kerana barangan barangan keperluan kekal tinggi.
Dan ditambah pula dengan harga bahan komoditi merudum teruk kebelakangan ini.
"Berdasar kepada situasi tersebut menyebabkan peluang calon PAS semakin cerah dan ditambah pula dengan masalah dalaman Umno Terengganu yang belum reda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan