Ahad, 4 Januari 2009

13 terbunuh jet pejuang Israel mengebom masjid

AFP


BANDAR GAZA – Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh termasuk dua kanak-kanak apabila jet pejuang Israel mengebom sebuah masjid ketika umat Islam sedang sembahyang di bandar Jabaliya, hari ini.

Serangan di Masjid Ibrahim Al-Maqadna turut mengakibatkan 60 cedera termasuk 16 cedera parah.

Kanak-kanak yang terbunuh itu masing-masing berusia 10 dan 12 tahun.

Saksi-saksi memberitahu, lebih 200 orang jemaah berada dalam masjid itu ketika serangan dilancarkan.

Sebelum ini tentera Israel telah memusnahkan beberapa buah masjid sepanjang serangan itu berlangsung sejak Sabtu lepas.

Tiada ulasan: