Rabu, 2 Disember 2020

82,000 permohonan pembayaran balik GST tidak dapat diproses, kata Jabatan Kastam

J
Jabatan Kastam tidak dapat memproses 82,000 permohonan pembayaran balik GST 
kerana syarikat berkenaan gagal memberi maklumat dan dokumen yang diperlukan. 
(Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Jabatan Kastam tidak dapat memproses lebih 82,000 permohonan pembayaran balik cukai barangan dan perkhidmatan (GST) berjumlah RM1.3 bilion kerana syarikat terbabit tidak memberikan maklumat lengkap.

Ketua Pengarah Kastam Abdul Latif Abdul Kadir berkata lebih 48,000 syarikat gagal memberi dokumen lengkap termasuk maklumat perbankan untuk membolehkan pihaknya memproses tuntutan mereka.

Latif berkata syarikat berkenaan kemungkinan tidak mengemas kini butiran pendaftaran mereka seperti alamat, nombor telefon dan emel dalam sistem MyGST.

Jun lalu, Kementerian Kewangan berkata pembayaran bagi pembayaran balik GST akan dipercepatkan.

Latif berkata semua pembayaran dijangka akan disiapkan menjelang akhir bulan ini.

Setakat 30 Nov, katanya, pihak Kastam memulangkan RM4 bilion kepada lebih 27,000 syarikat.

Tiada ulasan: