Ahad, 17 November 2019

Rakyat kecewa, mahu ajar PH dan Dr Mahathir – Syed Husin

Wartawan MalaysiaGazette
MGF27042019_FORUM-MALAYSIA-DAN-STATUT-ROM13
Dr. Syed Husin Ali

KUALA LUMPUR – Keputusan Pilihan Raya (PRK) Parlimen Tanjung Piai yang memihak kepada Barisan Nasional (BN) merupakan satu referendum terhadap Pakatan Harapan (PH), pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pengasas Bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Syed Husin Ali berkata, keputusan PRK itu paling jelas.

Tegasnya, rakyat kecewa dan mahu mengajar PH khususnya kepada Dr Mahathir.

“Beliau harus tahu apa yang patut dilakukannya dengan segera. Jangan dolak dalik lagi!,” katanya menerusi Twitter.

Keputusan PRK Parlimen Tanjung Piau menyaksikan calon BN, Datuk Dr Wee Jeck Seng menang besar dalam keputusan tidak rasmi, setakat ini memperoleh 22,254 undi mengalahkan calon Pakatan Harapan, Karmanie Sardini yang meraih 8,821 undi.

Selain calon PH, Jeck Seng menerima tentangan daripada calon Gerakan Wendy Subramaniam; calon Berjasa Datuk Dr. Ir. Badrulhisham Abdul Aziz dan dua calon bebas anak tempatan Pontian iaitu Ang Chuan Lock dan Faridah Aryani Abdul Ghaffar. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: