Selasa, 25 Jun 2019

Dron punca penerbangan tergendala

Reuters
 


SINGAPURA: Sebuah dron yang diterbangkan secara haram berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, malam tadi menyebabkan puluhan penerbangan tergendala dan terpaksa dilencongkan, kejadian kedua dalam tempoh tidak sampai seminggu.

“Kira-kira 18 jadual berlepas dan ketibaan tergendala, manakala tujuh pesawat terpaksa dilencongkan dari hab transit global ini akibat cuaca buruk serta beberapa aktiviti dron,” kata Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Singapura dalam satu kenyataan hari ini.

Kejadian sama membabitkan dron turut menjejaskan 38 jadual penerbangan dilaporkan pada Selasa dan Rabu, minggu lalu.

Ketika ini, pihak berkuasa masih menyiasat kejadian berkenaan.

Sementara itu, peningkatan kehadiran dron mencetuskan kebimbangan mengenai aspek keselamatan di kawasan lapangan terbang di seluruh dunia.

Pada Disember lalu, kehadiran dron mengakibatkan kekecohan selama tiga hari di lapangan terbang Gatwick, London, selepas kira-kira 1,000 penerbangan dibatalkan atau dilencongkan, membabitkan kos 50 juta pound (RM264 juta).

Tiada ulasan: