Ahad, 16 September 2018

PORT DICKSON CETUS KEBIMBANGAN MAHATHIR



Kemenangan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson yang akan diadakan tidak lama lagi menjadi permulaan kepada ‘igauan ngeri’ ataupun ketakutan kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Khir Toyo menyifatkan Anwar boleh mengenakan tekanan terhadap Mahathir untuk melepaskan jawatan melalui Parlimen dengan menunjukkan Pengerusi Pakatan Harapan! (PH) itu tidak mempunyai sokongan majoriti lagi di Dewan Rakyat.

Beliau berkata, situasai ini memberi kepuasan kepada Anwar kerana selain mencapai cita-citanya beliau juga dapat memalukan Mahathir sebagaimana pernah berlaku ke atas dirinya dulu.

“Tidak sukar untuk DSAI melakukannya kerana beliau akan dapat sokongan dari ahli parlimen PKR,UMNO, PAS dan lainnya.

“Dengan membawa cadangan membentuk kerajaan perpaduan yang pastinya jalan keluar kepada masalah politik negara hari ini, saya percaya sebahagian besar rakyat akan menyanjungnya,

“Saya lihat perkara ini akan berlaku diawal tahun depan. Persoalannya adakah rakyat dan negara mendapat faedah yang terbaik dan negara terus melangkah maju kehadapan?.

“Sesuatu yang pasti rakyat akan disogokkan dengan madah perubahan itu perlu demi kebaikan negara dan rakyat.

“Jangan sampai dua orang bergaduh rumah kita pula yang terbakar,” tulis beliau di Facebooknya.


Tiada ulasan: