Isnin, 23 Oktober 2017

Tahanan reman Shafie Apdal disambung empat hari

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KOTA KINABALU: Mahkamah Majistret Kota Kinabalu membenarkan tempoh reman terhadap Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disambung empat hari bermula esok.
 
Keputusan tersebut dibuat Majistret Cindy Mc Juce Balitus di dalam kamar hakim pada jam 3 petang ini.
 
Dalam prosiding itu, Shafie diwakili peguam Martin Tommy manakala pasukan pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Rozanna Abdul Hadi, Rustam Anip dan Mohd. Faliq Basiruddin.
 
Shafie ditangkap SPRM Khamis lalu bagi membantu siasatan terhadap penyelewengan dana Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sebanyak RM1.5 bilion antara 2009 hingga 2015

Tiada ulasan: