Rabu, 31 Ogos 2016

Timbalan menteri pendidikan Korea Utara dihukum bunuh

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
SEOUL: Korea Utara menghukum mati seorang timbalan menteri dan menghantar dua pegawai lain untuk "pendidikan semula", menurut Korea Selatan hari ini, berikutan laporan media mengenai pelaksanaan hukuman mati berprofil tinggi di negara komunis itu.
 
"Timbalan menteri untuk pendidikan, Kim Yong-Jin, sudah dihukum bunuh," kata jurucakap kementerian penyatuan Seoul, Jeong Joon-Hee kepada pemberita pada taklimat media.
 
Kim dibunuh oleh skuad penembak Julai lalu selepas didakwa sebagai anti-parti dan anti-revolusi," kata seorang pegawai di kementerian itu.
 
Menurut kementerian itu, dua pegawai kanan lain terpaksa menjalani sesi pendidikan semula.
 
Seorang daripada mereka adalah pegawai tertinggi yang bertanggungjawab dalam hal ehwal antara Korea, Kim Yong-Chol.
 
Sejak mengambil alih kuasa selepas kematian bapanya pada 2011, pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un, dipercayai menghukum bunuh serta menurunkan pangkat beberapa pegawai kanan dalam apa yang disifatkan penganalisis sebagai satu cubaan untuk mengukuhkan cengkaman kuasanya.
 
Kes yang paling terkenal adalah membabitkan bapa saudaranya, Kim Jang Song-thaek, yang dibunuh kerana didakwa belot dan rasuah pada Disember 2013. - AFP

Tiada ulasan: