Ahad, 14 Ogos 2016

SERAH DIRI? SIAPA PELAKU RASUAH YANG SEDIA MENGAKUI PERBUATAN RASUAH MEREKA?

shahbudindotcom

 

 
 
Adakah ini tindakan yang betul? Kenapa perlu kompromi?

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dzulkifli Ahmad dilaporkan memberi amaran kepada pelaku rasuah agar menyerah diri atau bersedia berdepan dengan tindakan tegas pasukan penguakuasa suruhanjaya itu.

"Datang sekarang, ini peluang yang saya buka. Datang bila-bila masa sebelum tindakan diambil.

"Kalau sudah diambil tindakan baru nak jumpa kami, tak payahlah. Kalau dah rasa panas, datanglah.

"Kita akan kaji dan bincangkan dengan pihak Peguam Negara apa tindakan yang boleh diambil (untuk ringankan hukuman) kerana soal pendakwaan adalah di bawah tanggungjawab mereka", kata beliau.

Rasanya ini bukanlah cara yang betul bagi SPRM dalam menjalankan tugasnya untuk mencegah dan membanteras rasuah.

Soalnya, siapa pesalah rasuah yang sanggup datang ke pejabat SPRM dan mengakui perbuatan mereka?

Dalam soal rasuah ini, Dzulkifli tidak seharusnya memberi apa-apa kompromi dan cuba berlembut, bukan saja kepada pelaku ikan bilis, tetapi juga perasuah jerung dan paus.

Beliau seharusnya memberi isyarat untuk mengambil tindakan tegas kepada sesiapa saja tanpa mengira pangkat atau kedudukan. Terus saja serbu dan tangkap mereka yang ada bukti terlibat dengan rasuah.

Tidak perlu meminta mereka menyerah diri kerana ia mustahil akan berlaku. Pelaku rasuah bukan saja tidak mungkin mengaku, bahkan akan cuba menafikan perbuatan mereka dengan pelbagai alasan.

Soal mahu diringankan hukuman atau tidak kepada pesalah rasuah, biar perkara itu diputuskan dalam mahkamah, bukan di pejabat SPRM.

Tugas utama SPRM ialah mencegah dan menangkap pelaku rasuah.
 
 
 

Tiada ulasan: