Selasa, 16 Ogos 2016

Pegang dua kerakyatan, Jokowi gugurkan menteri

SINAR HARIAN


Pegang dua kerakyatan, Jokowi gugurkan menteri



JAKARTA - INDONESIA. Menteri Tenaga dan Sumber Daya Mineral Indonesia, Archandra Tahar yang baharu dilantik digugurkan dari kabinet semalam setelah timbul laporan berhubung beliau memegang dua kerakyatan pada hujung minggu lalu, lapor MediaCorp.

Archandra dikatakan memegang dua pasport, dari Indonesia dan Amerika Syarikat (AS).

Pengguguran itu dimaklumkan Menteri Sekretariat Negara, Prof Dr Pratikno pada sidang media, semalam.

“Sebagai menjawab soalan-soalan orang ramai berhubung kerakyatan Archandra Tahar dan setelah menimbangkan maklumat yang diterima dari pelbagai sumber, Presiden memutuskan dengan secara terhormat melepaskan jawatan Archadra Tahar sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Daya Mineral,” katanya.

Menteri Penyelaras Ehwal Maritim, Luhut Pandjaitan akan memangku jawatan berkenaan buat sementara waktu sehingga seorang menteri baru dilantik.

Media Indonesia, Antara sebelum ini melaporkan Archandra berkata beliau sudah melepaskan kerakyatan AS dan hanya memegang pasport Indonesia yang sah digunakan sehingga 2017.


Tiada ulasan: