Isnin, 8 Ogos 2016

Nak Pokemon, tapi jumpa mayat

Nak Pokemon, tapi jumpa mayat
Foto yang dimuat naik di Facebook, Azmi Suarez. - Gambar FB Azmi Suarez


WOODLANDS - SINGAPURA. Fenomena permainan maya Pokemon Go, nampaknya telah membawa banyak kejutan, terbaharu seorang warga tempatan yang dikenali sebagai Azmi Suarez dikejutkan dengan penemuan satu mayat yang terapung berhampiran Jeti Woodlands dekat sini pada Ahad lalu.


Menceritakan tentang penemuan itu di Facebooknya, Azmi berkata ketika itu, dia sedang asyik bermain permainan itu di sekitar kawasan itu bagi mencari Pokemen Go, namun secara tidak sengaja dia ternampak mayat dalam keadaan terlingkup di jeti berkenaan.

Gambar mayat yang terapung dalam keadaan tertiarap itu kemudian dimuat naik azmi di laman Facebook miliknya,  sejurus kemudian.

Dalam pada itu, beliau turut memuat naik beberapa keping gambar di laman sosial Facebook peribadinya menggambarkan situasi di lokasi dekat Woodlands.

Sementara itu, menurut seorang warga Singapura yang hanya dikenali sebagai Lee, mendakwa ternampak mayat yang terapung itu sewaktu sedang berbasikal di kawasan tersebut sekitar jam 9.30 pagi.

Menurutnya, pada pemerhatiannya, mangsa tersebut  berkemungkinan seorang perempuan yang berusia dalam linkungan 30an.

Dia  turut menjadi saksi skuad penyelam membawa keluar mayat dari kolam.

Jurucakap Singapore Civil Defence Force (SCDF)  dipetik berkata, pihaknya mendapat panggilan sekitar jam 9.45 pagi berhubung penemuan mayat dalam keadaan terapung di Jeti Woodlands Waterfront.

“Ketika kami sampai di lokasi, skuad SCDF sedang mengeluarkan mayat secara manual.

“Mangsa diumumkan meninggal dunia oleh pihak perubatan,” katanya dipetik sebagai berkata.
Foto yang dimuat naik di Facebook, Azmi Suarez. - Gambar FB Azmi Suarez


Tiada ulasan: