Isnin, 8 Ogos 2016

Kontrak Zainal Abidin ditamatkan serta merta

Zainal Abidin Hassan
Zainal Abidin Hassan 
 
 
PERSATUAN Bola Sepak Selangor (FAS) mengambil keputusan untuk menamatkan kontrak ketua jurulatih pasukan berkenaan, Zainal Abidin Hassan berkuat kuasa serta merta.

Pengurus Pasukan berkenaan, Amirudin Shari berkata, keputusan itu diambil berikutan prestasi hambar pasukan berkenaan serta atas arahan daripada Presiden FAS, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Menurut Amirudin, tugas Ketua Jurulatih akan digalas oleh penolongnya, K.Gunalan sehingga satu tempoh yang ditetapkan selepas ini.

“Gunalan, iaitu penolong Ketua Jurulatih akan menggalas tugas berkenaan sehingga satu tempoh di mana FAS dan pengurusan pasukan mengenal pasti calon sesuai bagi mengemudi Selangor dalam menghadapi baki saingan Liga Super dan Piala Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Amirudin memaklumkan bahawa rombakan menyeluruh ke atas pengurusan FAS juga akan diumumkan pada Isnin ini (esok).

Sebelum ini, Azmin yang juga merupakan Menteri Besar Selangor memaklumkan bahawa pihaknya telah mengarahkan Amirudin dan penolongnya, Noor Hisham Mohd Ghouth untuk mengambil tanggungjawab sepenuhnya dan membuat rombakan segera ke atas pasukan tersebut.


Tiada ulasan: