Khamis, 18 Ogos 2016

Kerajaan tak teragak-agak ambil tindakan undang-undang kepada pesalah 1MDB

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low berkata kerajaan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pelaku dan individu bersuhabat dengan pihak yang menyeleweng dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).  
 
Memetik teks ucapannya daripada portal Free Malaysia Today, Paul berkata, wang yang diambil daripada 1MDB perlu dikembalikan sepenuhnya dan mereka yang didapati bersalah perlu dihukum mengikut undang-undang Malaysia dan negara di mana wang haram itu digubah.
 
"Pendakwaan jenayah perlu dimulakan dan undang-undang mesti dipertahankan.
 
"Agensi penguatkuasaan dan Peguam Negara perlu memberi kerjasama sepenuhnya kepada semua agensi antarabangsa untuk menangani perkara itu dengan cara sewajarnya bagi mengurangkan persepsi negatif serta mengembalikan kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap kerajaan," katanya sempena Simposium Tadbir Urus 2016 di ibu negara, hari ini.
 
Bulan lalu, Peguam Negara AS, Loretta Lynch mengumumkan tindakan sivil diambil bagi menyita aset bernilai lebih AS$1 bilion yang dikaitkan dengan konspirasi pengubahan wang haram daripada dana 1MDB.
 
Jabatan Kehakiman AS (DOJ) telah memfailkan saman sivil bagi mendapatkan kembali aset yang diperoleh melalui dana 1MDB, yang didakwa diselewengkan.
 
 

Tiada ulasan: