Ahad, 21 Ogos 2016

Hanya Tuhan saja yang tahu pengorbanan Chong Wei - Abang

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Hanya Tuhan yang tahu pengorbanan beliau, kata abang sulung kepada Datuk Lee Chong Wei mengenai pencapaian jaguh badminton negara itu bagi mengakhiri kemarau pingat emas di temasya Sukan Olimpik.
 
Lee Chong Hoon yang menyaksikan perlawanan final badminton di sebuah restoran di Sri Hartamas, turut menangis selepas adik kesayangannya tewas kepada pemain China, Chen Long.  
 
"Untuk mengatakan ia sedih adalah kurang benar, hanya tuhan yang tahu berapa banyak Chong Wei sudah korbankan untuk sampai ke tahap ini," kata Chong Hoon dipetik The Malay mail Online.
 
Dalam pada itu Oriental Daily memetik Chong Hoon sebagai berkata, beliau gementar untuk menyaksikan perlawanan set kedua selepas adiknya tewas di set pertama.
 
"Saya benar-benar harap beliau boleh lakukannya, mungkin ini adalah gelaran juara (dalam Olimpik) yang tuhan hutang kepadanya.
 
"Saya harap beliau janganlah sedih sangat. Memang adat permainan ada menang, kalah dan juara hanya satu. Saya tahu beliau sudah berusaha sedaya upaya," katanya.
 
Chong Wei terpaksa berpuas hati dengan pingat perak selepas tewas di final perseorangan lelaki di Pavilion 4 Riocentro, malam tadi.
 
Chong Wei tewas kepada pemain China, Cheng Long selepas diikat 18-21, 18-21 dalam masa 73 minit perlawanan.
 
Kekalahan itu menyaksikan harapan negara untuk memenangi pingat emas pertama di Sukan Olimpik tidak kesampaian.
 
Ini adalah kekalahan ketiga berturut-turut Chong Wei, 34, di pentas final Olimpik selepas tewas kepada Lin Dan di Beijing 2008 dan London 2012.
 
 

Tiada ulasan: