shahbudindotcom
Siapakah yang sebenarnya merosakkan UMNO dan kerajaan?
Di
antara semua Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia selama ini,
siapakah yang paling banyak membawa kerosakan kepada parti dan kerajaan
sehingga menyebabkan sokongan serta kepercayaan rakyat terus menguncup?
Siapakah yang menukar Peguam Negara secara tergesa-gesa dan melantik calon pilihannya sebagai pengganti?
Siapakah
yang melakukan kacau ganggu terhadap SPRM dan ugutan terhadap Bank
Negara ketika mereka melakukan penyiasatan berkaitan isu 1MDB dan wang
RM2,600 juta?
Siapakah
yang menyebabkan hutang negara meningkat, pembaziran dan kemewahan
berleluasa serta menekan rakyat dengan cukai dan kos sara hidup yang
tinggi?
Siapakah yang menyebabkan nama negara tercemar di seluruh dunia melalui isu 1MDB dan skandal kewangan yang melibatkan dirinya?
Di
bawah kepimpinan siapakah, tujuh negara telah melakukan penyiasatan,
malah Jabatan Kehakiman Amerika dan FBI telah membuat pendedahan yang
menggemparkan dunia?
Semasa
siapakah menjadi Perdana Menteri, isterinya bebas menggunakan jet dan
harta kerajaan serta dikenali seantero dunia kerana gemar membeli belah
dan memiliki perhiasan mewah-mewah?
Jika
semua jawapan kepada pertanyaan di atas tidak merujuk kepada Najib
Razak, mungkin kita boleh meyakini jika beliau mengatakan mahu
menyerahkan UMNO dan kerajaan yang kuat kepada penggantinya.
Bagaimana
orang yang telah terbukti membawa kerosakan dan keruntuhan mahu membuat
pemulihan dan pembaikan, kemudian berjanji untuk menyerahkan UMNO dan
kerajaan yang kuat kepada penggantinya?
Tidakkah orang seperti itu lebih mungkin disingkir dan ditanggalkan kuasanya oleh rakyat daripada terus diberi peluang?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan