Rabu, 10 Ogos 2016

349 saman dikeluarkan akibat main Pokemon Go

THE MALAYSIAN TIMES


A man uses a mobile phone in front of an advertisement board bearing the image of Pokemon Go at an electronic shop in Tokyo


TAIWAN, : Walaupun hanya dilancarkan tiga hari lalu di Taiwan, sebanyak 349 saman telah dikeluarkan kepada pengguna jalan raya yang bermain Pokemon Go semasa memandu.

Menurut Agensi Polis Kebangsaan, kebanyakan 349 saman yang dikeluarkan sejak Sabtu lalu dikenakan kepada pengguna motosikal.

Memetik Shanghaiist.com, bagi kesalahan memandu dan menunggang sambil bermain Pokemon Go serta menghalang lalulintas, Kerajaan Taiwan telah mengenakan denda sebanyak 3,000 NTD (RM384) bagi pemandu kenderaan, 1,000 NTD (RM128) bagi penunggang motosikal dan 300 NTD (RM38).

Sementara itu, Perdana Menteri Taiwan, Lin Chuan turut mengeluarkan amaran di laman Facebook rasmi miliknya berhubung fenomena global ini.

“Tangkap makhluk ini, tetapi jangan biarkan kemalangan berlaku kepada anda,” katanya dipetik theguardian.com.

Sementara itu, Taiwan Railways berkata, ramai orang dikesan menangkap Pokemon di sepanjang landasan kereta api hanya beberapa jam selepas permainan ini dilancarkan di negara itu.

Ekoran itu, pihaknya mengeluarkan larangan kepada orang ramai untuk bermain permainan tersebut di landasan di stesen kereta api dan di kawasan lain yang boleh menyebabkan kemalangan.

Kementerian Pertahanan Negara turut mengeluarkan amaran menjauhkan diri dari pangkalan tentera, kem dan kawasan larangan lain.

Beberapa negara seperti Iran bagaimanapun mengharamkan permainan Pokemon Go atas sebab kebimbangan keselamatan.

Dalam pada itu, pemaju Pokemon Go, Niantic menghapuskan ‘Pokestop dan Gyms’ di taman peringatan Bom Hiroshima selepas mendapat pemintaan daripada pihak berkuasa bandar.

Tiada ulasan: