Selasa, 19 Julai 2016

Pas lebih baik jalin kerjasama dengan BN berbanding PH

MALAYSIA DATELINE
 
 
Norman TohaNorman TohaBekas Setiausaha Pas Selangor, Norman Toha berkata adalah lebih baik Pas menjalinkan kerjasama dengan kerajaan pusat dalam perkara yang membabitkan kepentingan rakyat, khususnya umat Islam daripada kembali menjalinkan kerjasama dengan blok pembangkang Pakatan Harapan (PH).

Menurut beliau, keputusan Pas untuk bergerak bersendirian dengan memutuskan tahaluf siyasi mereka bersama Pakatan Harapan sebelum ini merupakan langkah terbaik bagi parti tersebut.

“Saya kira adalah lebih baik Pas menjalinkan kerjasama dengan kerajaan pusat dalam hal-hal yang membabitkan kepentingan rakyat dan negara, khususnya umat Islam daripada kembali menjalinkan kerjasama dengan Pakatan Harapan.

“Ini memandangkan selama Pas menjalinkan tahaluf siyasi dengan pakatan pembangkang, parti ini sentiasa menghadapi tentangan daripada Dap khususnya dalam hal-hal yang berhubung dengan agenda Islam dan yang berkaitan dengannya.

“Namun dalam perkembangan hari ini kita boleh lihat bagaimana agenda perundangan Islam yang diperjuangkan oleh Pas dapat diterima oleh kerajaan pusat yang diterajui oleh Umno contohnya seperti pembentangan RUU yang berjaya di bawa ke parlimen baru-baru ini,”ujarnya.

Tambah beliau, jalinan kerjasama Pas dan kerajaan pusat juga dilihat dapat memberikan peluang yang lebih cerah kepada parti tersebut untuk melaksanakan agenda Islam dengan sokongan kerajaan pusat yang diterajui oleh Umno pada hari ini.

“Pembentangan RUU dalam usaha untuk memperkasakan mahkamah syariah baru-baru ini memperlihatkan bahawa wujudnya persefahaman di antara kerajaan pusat dalam hal ehwal Islam bagi menambah baik pelaksanaan perundangan Islam di negara ini.

“Jika Pas kembali menjalinkan hubungan mesra dengan blok pakatan harapan, sudah pastinya segala usaha parti tersebut untuk memperkasakan undang-undang dan pelaksanaan Islam di negara ini akan mendapat tentangan yang hebat terutamanya dari DAP.

“Saya fikir Pas sepatutnya mengambil iktibar daripada sejarah mereka dalam bertahaluf siyasi dengan pakatan pembangkang, terutamanya dengan DAP tidak akan membawa sebarang kebaikan terhadap agenda Islam dan matlamat perjuangan parti itu sendiri,” tegasnya seperti dipetik daripada media rasmi Umno.

Tiada ulasan: