Ahad, 3 Julai 2016

Noh Omar, sudah jadi menteri cukup-cukuplah kipas

MUHAMMAD SYAFIQ AZMI
 
 
Muhammad Syafiq AzmiMuhammad Syafiq Azmi


Pengerusi badan perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata jika Lim Guan Eng(LGE) berada dalam Umno secara automatis semua jawatan yang dipegang olehnya sekarang akan gugur.

Ahli Parlimen Tanjung Karang yang baru sahaja dilantik sebagai Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu menjadikan kes bekas Adun Sungai Panjang, Dr Khir Toyo sebagai perbandingan dengan kasus yang berlaku pada Ketua Menteri LGE.

Apakah Tan Sri Noh Omar telah lupa pada sosok tubuh yang bernama Tan Sri Isa Samad? Beliau pernah digantung keahlian Umno selama 3 tahun(Jun 2005 sehingga Jun 2008) yang sepatutnya dilalui selama 6 tahun.

Nama Isa Samad telah terpalit dengan isu amalan politik wang (dikomersialkan dari perkataan rasuah) pada Perhimpunan Agung Umno(PAU) tahun 2004. Sekembalinya beliau dari penggantungan dia dipilih sebagai calon Umno BN dalam pilihanraya kecil Dun Bagan Pinang.

Namun ia amat menghairankan orang yang punya rekod seperti itu tetap dilantik sebagai orang yang menjawat peranan penting dalam menguruskan badan penting dalam negara. Beliau bukan sahaja diberi ruang untuk terus bertanding dalam pilihanraya oleh partinya, malah beliau juga turut dilantik sebagai Pengerusi FELDA.

Maka untuk mengatakan Umno itu seperti suci dan berani ianya jauh panggang dari api. Saya juga yakin suatu masa Dr Khir Toyo juga akan kembali ke kancah politik negara dan mungkin akan lebih berhati-hati "simpan urusan".

Begitulah hebatnya parti yang konon keramat bagi orang melayu. Rasuah juta ringgit hukumannya hanya 12 bulan, itu pun separuh ditirai besi dan separuh lagi ditirai sutera. Sebenarnya itulah lebihnya duduk dan hinggap dalam Umno BN. Rasuah dan ambillah banyak mana pun tidak kira namanya rasuah, politik wang, derma dan lain-lqin, akhirnya mereka akan keluar dan diangkat semula.

Oleh yang demikian mungkin Tan Sri Noh Omar perlu berfikir cara lain untuk terus mengotak udangkan minda rakyat. Sepatutnya Tan Sri sibukkan diri dalam merangka untuk merampas kembali Selangor dengan dakyah dan rekayasa yang tidak dapat dihidu oleh kami rakyat dibawah.

Saya ucap selamat maju jaya dan tahniah untuk Tan Sri Noh Omar. Selepas beliau berteriakan berjuang di parlimen akhirnya beliau dilantik menjadi menteri semula oleh perdana menteri. Tentu aidilfitri kali ini penuh makna baginya kerana beliau bukan sahaja bergelar menteri, tetapi perlu disapa Tan Sri.

* Muhammad Syafiq Azmi adalah Setiausaha Politik Pengerusi AMANAH Melaka,

Tiada ulasan: