Ahad, 17 Julai 2016

IS dan masa depan Malaysia

FREE MALAYSIA TODAY


Institusi pengajian tinggi, Kementerian Dalam Negeri, NGO dan ibu bapa perlu memainkan peranan bersama masyarakat untuk melindungi negara.





Oleh Datuk Akhbar Satar


Beberapa minggu lalu, serangan IS di Puchong mengubah landskap keselamatan di Malaysia. Sehingga minggu lalu, ramai rakyat Malaysia percaya serangan sedemikian tidak akan berlaku di negara ini kerana ancaman IS hanya berlaku di luar Malaysia.

Bagi pasukan keselamatan dan perisikan, serangan ini merupakan satu kejutan. Sasaran ternyata bukan di pusat bandar atau tempat sesak dikunjungi warga asing, sebaliknya lokasi yang tidak dapat dibayangkan. Ini menunjukkan penyokong atau pengganas IS membaca dan mengecilkan sasaran mereka dengan baik
.
Paling teruk serangan itu dilancarkan pada bulan Ramadan yang suci dan aman apabila orang ramai tidak mengharapkan serangan sedemikian boleh berlaku.

Sehubungan itu, IS secara rasminya mengisytiharkan perang terhadap Malaysia. Pasukan keselamatan dan perisikan boleh menjangkakan gelombangan seragangan di sini pada masa depan. Fatwa yang dikeluarkan IS di Syria menggesa penyokongnya dan pesimpati menyerang tempat-tempat seperti kelab malam kerana kelab sedemikian tidak menghormati kesucian bulan Ramadan. Tambahan, ia dinyatakan dalam Hadis 10 hari terakhir bulan Ramadan adalah paling berkat.

Serangan di Movida adalah sasaran mudah dan cubaan pertama yang kurang berisiko dan usaha untuk pengganas berbanding tempat-tempat berkawalan keselamatan ketat seperti KLCC, Bukit Bintang atau Putrajaya.

Usaha baik Cawangan Khas (Bahagian Counter Terrorism, E8) perlu dipuji. Selepas serangan itu, mereka dapat mengenal pasti suspek dengan maklumat terperinci. Ini mencerminkan dedikasi, komitmen dan kecekapan Polis Diraja Malaysia dalam menangani isu itu. Cara berkesan untuk membendung pengganas di Malaysia adalah memberi perhatian terhadap pengikut tempatan kerana mereka boleh menjangkakan lebih banyak serangan pengganas berbahaya pada masa depan.

Seperti yang dilaporkan dalam media, kebanyakan pengganas IS adalah bekas penjenayah dan mereka yang mahu membersihkan dosa-dosa dengan melakukan tindakan jahat atas nama agama. Seterusnya ia adalah laluan melarikan diri bagi mendapatkan penebusan melalui penafsiran salah terhadap Jihad yang memberi mereka jalan pintas ke syurga.

Ancaman keganasan tidak boleh dipandang ringan. Memang diakui, ia amat mencabar bagi PDRM untuk mengawal keselamatan di semua tempat, terutamanya di luar Kuala Lumpur. Tugas ini hampir mustahil dicapai.

Oleh itu, institusi pengajian tinggi, Kementerian Dalam Negeri, NGO dan ibu bapa perlu memainkan peranan mereka bersama masyarakat untuk bekerja ke arah melindungi negara ini. Lagipun, kita semua pihak berkepentingan terhadap keamanan negara. Oleh itu, penting untuk kita bekerja bersama bagi melindungi dan memelihara aset berharga ini.

Sementara itu, kerja-kerja perisikan perlu ditingkatkan. Pemantauan secara tetap di laman media sosial seperti Facebook adalah penting kerana Facebook adalah peralatan mereka untuk merekrut terutamanya menyasarkan generasi muda, pengguna utama media sosial. Dalam erti kata lain, kita perlu meningkatkan kemampuan dari segi “perisikan media sosial” dalam mengesan dan menghalang pengganas daripada mengancam sosial di negara ini.

Sasaran IS sentiasa menumpukan tempat berorientasikan Barat. Serangan berinspirasikan Isis di Dhaka, Istabul, Baghdad dan Puchong dilihat sebagai satu anjakan strategi untuk menyerang negara-negara Islam.

Pakar keganasan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Ahmad El-Muhammady menyatakan Malaysia dibangkitkan dua kali menerusi majalah bulanan dalam talian Isis ke-11, Dabiq: pertama kali berhubung pendirian negara ini terhadap Isis dan kali kedua apabila majalah disyorkan militan tempatan menyasarkan misi diplomatik di Malaysia.

R Paneir Selvam, pensyarah dalam bidang keganasan dari Universiti HELP percaya dasar-dasar semasa Malaysia boleh menjadi konduit untuk IS melancarkan serangan kerana Malaysia berdepan masalah sosial dan ekonomi. Jika ini berlaku ia boleh melumpuhkan negara keseluruhan.

Peranan proaktif jabatan agama atau agensi-agensi berkaitan lain dan usaha ini perlu dipertingkatkan supaya anak-anak muda, termasuk mereka yang belajar di madrasah tidak terpedaya dengan pengambilan ahli baru IS.

Agensi berkaitan perlu dibantu untuk terus membendung serangan IS. Menjadi tanggungjawab rakyat Malaysia untuk melindungi kedaulatan negara ini daripada IS.

Datuk Akhbar Satar adalah Presiden Transparency International (TI) Malaysia.

Tiada ulasan: