Jumaat, 8 Julai 2016

HUSNI KATA HANYA DI MOF BELIAU DAPAT MEMBANTU DAN MENYATU-PADUKAN ORANGRAMAI...HEBAT KAN!!

shahbudindotcom



Sebagai huraian lanjut mengenai persaraannya yang agak mengejutkan baru-baru ini, bekas Menteri Kewangan Kedua, Husni Hanadzlah memberikan dua sebab mengapa beliau tidak setuju ditukarkan ke kementerian lain, sebaliknya memilih untuk bersara.

- pertama kerana di MOF beliau dapat membantu banyak pihak yang memerlukan bantuannya.

- kedua,  percaya di MOF beliau boleh menyatupadukan orangramai kerana percaya dengan kepelbagaian budayanya. 



Katanya, sebab itulah beliau ada memberitahu Perdana Menteri, Najib Razak bahawa beliau akan memilih untuk bersara jika ditukarkan ke kementerian lain.

Hebat kan dua alasan yang diberikan Husni untuk menolak ditukarkan daripada MOF, sebaliknya lebih rela untuk bersara. 

Dalam erti kata lain, ia bermakna:-

- Husni hanya boleh membantu orangramai dengan jawatan Menteri Kewangan saja.

-  di kementerian lain, beliau tidak boleh sama sekali membantu orangramai.

- oleh kerana MOF terkenal sebagai kementerian yang banyak projek-projek pembangunan, apakah kerja membantu orangramai hanya dalam bentuk pertolongan perniagaan semata-mata?

- adakah menteri-menteri selain menteri kewangan tidak boleh membantu orangramai dengan portfolio yang mereka sandang?

- kalau bukan membantu orangramai, apa pula kerja menteri-menteri lain di negara ini?

- berkenaan peranan menyatupadukan orangramai melalui kepelbagaian budaya di MOF, apa rekod Husni yang boleh membuktikan hakikat itu berjaya dilaksanakan selama ini?

- siapa dan berapa ramai yang sudah disatupadukannya sejak menjadi Menteri Kewangan?

Kecuali jika bukti dalam bentuk angka dan fakta dapat dilampirkan untuk menyokong alasan-alasannya, ternampak bahawa lagi kerap Husni bercakap mengenai sebab-sebab untuk mewajarkan perletakan jawatannya, lagi terserlah siapa dirinya yang sebenar.

Benarkah menolong orangramai menjadi kesukaannya dan faktor menyatupadukan itu pula menjadi keutamaannya dalam menjalankan tugas?

Atau....??? 


Tiada ulasan: