Sabtu, 17 Oktober 2015

Tol Naik, Harga Barang di Malaysia Diberikan Amaran Menteri Jangan Naik Juga!


BERITA SEMASA



Tol Naik, Harga Barang di Malaysia Diberikan Amaran Menteri Jangan Naik Juga!

harga barang naik

Kenaikan tol naik bukan sahaja berikan satu bebanan rakyat Malaysia khususnya yang berulang-alik ke tempat kerja dari kediaman masing-masing apabila acapkali poket mereka bocor dan bocor setiap kali melalui deretan pondok kecil yang dipacakkan di tengah-tengah lebuhraya.

Tetapi tol naik juga berikan kesengsaraan tambahan apabila pemborong dan peniaga yang terpaksa mengalami kos tambahan ketika penghantaran barang yang akhirnya bebanan tersebut akan dipulangkan kepada end user iaitu anda, anda semua termasuklah kalangan kami Berita Semasa.
Tiba-tiba, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hamzah Zainuddin tampil ke hadapan dengan berikan pesanan dan amaran kepada peniaga jangan gunakan alasan kenaikan tol naik untuk buatkan harga barang naik di Malaysia.

KLIK SINI : Kenaikan Harga Barang Naik 20%-30% Bermula 1 April 2015 Pelaksanaan Cukai GST Malaysia 6%. Survey Anda Pula?

 

Harga Barang Naik VS Tol Naik?

Alasan yang diberikan menteri adalah :
  • Bukan semua pengguna lori menggunakan tol yang disenaraikan dalam pengumuman kenaikan tol naik baru-baru ini
  • Peniaga tidak sepatutnya naik harga barang dengan peratusan kenaikan tol naik
  • Tidak banyak lorong yang menggunakan lebuhraya
P/S : Senang betul jadi menteri hari ini, boleh main berikan pesanan sahaja tanpa berfikir 2, 3 kali apa yang diungkapkan.

PP/S : Tol naik, kos harga barang tidak naik? Adakah peniaga, pemborong yang akan tanggung kenaikan kos penghantaran tersebut? Ermm…..




Tiada ulasan: