Selasa, 27 Oktober 2015

Sistem pendidikan di Malaysia terlalu banyak pusingan U

Candidates ready for exams paper during the UPSR examination at Puncak Alam outside Kuala Lumpur. A total of 478,848 pupils are sitting for the UPSR which is the first test that will determine the potential of the students at the Primary School in Malaysia.
Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Kekerapan Kementerian Pendidikan Malaysia  (KPM) membuat ‘pusingan U’ khususnya berkaitan pelaksanaan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 membawa kesan serius terhadap masa depan sistem pelajaran di negara ini.

Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari, berkata keputusan flip-flop itu bukan sahaja membazir masa murid dan guru bertahun-tahun tetapi juga menimbulkan tanda tanya mengenai kerelevanan pelan pendidikan itu.

“Implikasi pusingan U dalam dasar pendidikan amat serius, kerana ia bukan sahaja mendedahkan kegagalan KPM untuk melaksanakan pembaharuan tetapi juga untuk menyiap murid dan guru dengan format penilaian baru,” katanya.

Timeline CoverPelan itu dilancarkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 2013 sebagai manifestasi paling komprehensif dan transformasi kerajaan paling besar bagi memacu semua aspirasi pembangunan negara.

Ia menggariskan 11 anjakan yang akan mengubah sistem berorientasi peperiksaan kepada sistem untuk berfikir secara kritis dan mengaplikasi pengetahuan dalam persekitaran yang berbeza.

Hal ini berikutan pelajar di negara ini tidak berdaya saing dan gagal menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi berdasarkan Programme for International Student Assessment PISA)) dan Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) .

Pada kenyataan media, Zairil kesal kerana selepas dua tahun pelaksanaan pelan itu, beberapa pembaharuan itu diterbalik berdasarkan pekeliling bertarikh 9 Oktober lalu yang membatalkan keputusan yang dibuat pada 2011.

Ini termasuk, katanya, perubahan yang menggabungkan 40 peratus pentaksiran berasaskan sekolah pada peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun depan dibatal dan 100 peratus berasaskan peperiksaan pusat bertulis.

zairil khirBeliau berkata, penilaian amali bagi mata pelajaran sains yang akan diperkenal semula mulai 2015 untuk Fizik, Kimia, Biologi dan Sains Tambahan yang dijadual dibuat pada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini, ditangguh.

Kata Zairil, cadangan bagi mengatasi kelemahan tahap penguasaan bahasa Inggeris dengan menjadikan mata pelajaran itu sebagai subjek wajib lulus pada peringkat SPM mulai 2016 juga ditangguh.

“Ini penting kerana hanya 28 peratus murid mendapat kredit minimum dalam kertas bahasa Inggeris SPM 2011 berdasarkan standard Cambridge 1119,” katanya.

Beliau menyifatkan Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan (Padu) yang ditubuh bagi memantau pelaksanaan langkah yang digariskan pelan itu, tidak berkesan dan gagal sebagai pelaksana pelan transformasi itu.

“Jika objektif jangka pendek pun tidak dapat dipenuhi, maka ada sebab kukuh untuk mempercayai bahawa pelan itu tidak lebih sekadar percubaan yang tidak realistik dan tidak ikhlas bagi memperbaharui sistem pendidikan.

“Apakah gunanya pelan pembangunan itu sekarang apabila langkah-langkah utamanya tidak dituruti?” katanya.

Tiada ulasan: