Selasa, 27 Oktober 2015

Kadar 6 peratus GST tidak akan diturunkan

 
Struktur GST telah mengambil kira kedudukan sosio ekonomi rakyat supaya GST yang dilaksanakan adalah bersifat progresif.


najib,gst


KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak bercadang untuk menurunkan atau mengkaji semula kadar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang pada masa ini ditetapkan pada kadar enam peratus.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, kadar enam peratus yang ditetapkan telah mengambil kira beberapa faktor tertentu termasuk kutipan hasil daripada cukai jualan dan cukai perkhidmatan (SST) yang telah dimansuhkan.

“Buat masa sekarang kerajaan tidak berhasrat untuk mengkaji semula kadar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang pada masa ini telah ditetapkan pada kadar enam peratus

“Kadar GST enam peratus yang ditetapkan telah mengambil kira beberapa faktor tertentu termasuk kutipan hasil daripada SST yang telah dimansuhkan,” katanya dalam jawapan bertulis.

Najib yang juga Menteri Kewangan turut menjelaskan struktur GST telah mengambil kira kedudukan sosio ekonomi rakyat supaya GST yang dilaksanakan adalah bersifat progresif dengan kadar yang lebih rendah berbanding daripada kadar cukai jualan iaitu 10 peratus.

Najib berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen yang meminta Najib menjelaskan adakah kementerian kewangan bersetuju untuk merendahkan kadar GST ke empat peratus sebagai strategi membendung inflasi.

Sebelum itu, aktivis masyarakat, Tan Sri Lee Lam Thye telah menggesa agar Kerajaan meringankan beban rakyat dengan mengurangkan kadar enam peratus kepada tiga peratus melalui Bajet 2016.

2 ulasan:

Naazar berkata...

SST= 15%
GST= 6%
Mansuh SST dan laksana GST= 15% - 6%= 9%
MAKA RAKYAT SEPATUTNYA MENIKMATI PENURUNAN HARGA BARANGAN SEBANYAK 9%.
Nak tanya: KAT MANA RAKYAT KENA CONN?

Naazar berkata...

SST= 15%
GST= 6%
Mansuh SST dan laksana GST= 15% - 6%= 9%
MAKA RAKYAT SEPATUTNYA MENIKMATI PENURUNAN HARGA BARANGAN SEBANYAK 9%.
Nak tanya: KAT MANA RAKYAT KENA CONN?