BERNAMA
Daftarkan pemilik akaun media sosial bagi menyekat penyebaran fitnah menerusi laman sosial yang berleluasa kini.
KUALA LUMPUR, Exco Pemuda Umno, Nazir Hussin Akhtar
Husin menyarankan kerajaan supaya mendaftarkan semua pemilik akaun media
sosial dan portal media sosial supaya mereka bertanggungjawab terhadap
apa dikongsikan dalam Internet.
Beliau berkata langkah itu juga dapat menyekat penyebaran fitnah menerusi laman sosial yang berleluasa kini.
“Kerajaan tidak perlu sekat media sosial
tetapi daftarkan setiap akaun media sosial daripada individu dan
kumpulan supaya mereka bertanggungjawab terhadap apa yang mereka katakan
atau kongsikan.
“Selain itu, kerajaan perlu terus
mendidik rakyat dan berkempen menolak fitnah media sosial,” katanya
selepas majlis penyampaian hadiah cabutan bertuah Kayuhan Hari Malaysia
2015 di sini, hari ini.
Nazir Hussin berkata sempena program itu, Pemuda Umno turut melancarkan kempen #tolakfitnahmediasosial dan #sayasayangmalaysia yang mendapat penyertaan lebih 7,000 orang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan