Isnin, 26 Oktober 2015

Amanah terpaksa sokong DAP untuk kukuhkan kedudukan dalam PH - PAS

 Oleh Nur Atiqah Abd Samad

 
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Sokongan Parti Amanah Negara (Amanah) kepada kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng adalah semata-mata untuk mendapatkan sokongan untuk mengukuhkah kedudukan mereka dalam Pakatan Harapan (PH), kata Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat Datuk Dr Mahfodz Mohamed.
 
Mahfodz berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Salahuddin Ayub bahawa Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng adalah 'tokoh dalam misi menawan Putrajaya'.
 
Mahfodz berkata Amanah terpaksa mengambil hati DAP, memandangkan parti serpihan PAS itu baru sahaja menyertai PH.
 
Namun Mahfodz mengingatkan Amanah, Guan Eng adalah pemimpin pembangkang yang lantang menolak pelaksanaan hudud di Kelantan.
 
Guan Eng juga yang menyebabkan terputusnya hubungan di antara PAS dan DAP, ujar Mahfodz.
 
"Kelantangan (Guan Eng) menentang hudud tu membuatkan PAS memutuskan hubungan dengan DAP. 
 
"Jadi kalau PAN kata Guan Eng tokoh untuk menawan Putrajaya, alamatnya nanti yang akan menjadi Perdana Menteri dialah (Guan Eng) DAP-lah, bukan PAN. Amanah ini parti baru, ahli pun tak seberapa. Dia boleh hidup dengan sokongan DAP," katanya kepada Antarapos.
 
Malam tadi dalam satu siri ceramah Amanah, parti itu mengangkat Guan Eng sebagai tokoh dalam misi menawan Putrajaya.
 
Bukan itu sahaja Guan Eng dijadikan contoh tokoh politik mewakili masyrakat bukan Islam yang mampu menyelamatkan negara.
 
Mahfodz menambah, Amanah akan melakukan apa sahaja dalam mendapatkan sokongan parti Cina itu untuk mengukuhkan kedudukan mereka.
 
"Lagipun Amanah tu parti baru yang belum jelas pun matlamat dan dasar tak ada lagi. (sudah tentu) dia mengharap sangat sokongan DAP," katanya.
 
Malah beliau berkata PAS tidak akan masuk campur dalam hal itu dan menyifatkan ia pilihan parti masing-masing.
 
Tambah Mahfodz lagi, jika dulu PAS dikatakan menjadi kuda tunggangan DAP namun kini tidak lagi, selain beliau yakin sokongan orang Melayu Islam semakin bertambah terhadap parti Islam itu.
 
"Kita dulu dituduh orang Melayu sebagai PAS tu kuda tunggangan DAP, jadi bila sekarang kita bersendirian maka sudah tentulah kita punya teras utama dengan orang Melayu Islam. Jadi orang Melayu Islam akan menyatakan sokongan kepada PAS dan bukan kepada DAP.
 
"Apabila PAN menjadikan DAP tokoh mereka maka insyaAllah orang Melayu akan berikan sokongan kepada PAS dan akan kembali macam dulu," ujarnya.
 
 

Tiada ulasan: