Selasa, 22 September 2015

Punca PKR mahukan Pas sertai PR 2.0 didedah

 
Pas mendapat undi paling tinggi pada PRU13 berbanding PKR dan DAP.


PAS-PKR1


PETALING JAYA: Punca mengapa Parti Keadilan Rakyat (PKR) beriya-iya mahukan Pas menyertai gabungan pakatan pembangkang baharu atau Pakatan Rakyat 2.0 (PR 2.) akhirnya terjawab.

Harakahdaily melaporkan, PKR mahukan Pas kerana parti itu mendapat jumlah undi tertinggi dalam Pilihan Raya Umum ke13 (PRU13) yang lalu berbanding PKR dan DAP.

Pas menerima jumlah undi sebanyak 2,133,944 undi atau 22.34 peratus daripada 4,879,699 undi atau 51.09 peratus jumlah keseluruhan undi yang diterima Pakatan Rakyat pada PRU13.

PKR pula menerima 1,303,457 undi atau 13.65 peratus manakala DAP mendapat 1,44,298 undi atau 15.10 peratus.

Jika PR 2.0 ditubuhkan tanpa Pas, mereka akan mendapat undi keseluruhan sekitar 30 peratus dan tidak mampu untuk menawan Putrajaya, lapor lidah rasmi Pas versi digital itu.

Analisis itu dikeluarkan oleh Facebook Pusat Khidmat ADUN Chempaka yang juga Naib Presiden Pas, Iskandar Samad.

Pemimpin PKR masih berharap Pas menyertai gabungan baharu itu biarpun pemimpin DAP memberi ingatan mereka akan keluar jika Pas diterima masuk PR 2.0.

Parti pembangkang dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menghadiri Persidangan Meja Bulat di Hotel Empire Subang Jaya pada Selasa untuk membincangkan penubuhan PR 2.0.

Pas tidak menghadiri persidangan itu tetapi masih menegaskan tetap mahu bekerjasama dengan PKR.

Tiada ulasan: