Rabu, 9 September 2015

Polis tahan 11 penyokong cetus kekecohan perlawanan Malaysia - Arab Saudi

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: Susulan insiden kekecohan yang tercetus sewaktu perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 di antara Harimau Malaya dengan Arab Saudi di Stadium Shah Alam malam tadi, pihak polis menahan 11 penyokong bola sepak yang dipercayai terlibat dalam insiden berkenan. 
 
"Berdasarkan bagaimana kita melakukan pemeriksaan terhadap mereka yang memasuki stadium, adalah mustahil bagi mereka untuk membawa masuk barangan berkenaan tanpa dikesan oleh sesiapa.
 
"Mungkin objek itu diseludup masuk ke stadium lebih awal. Kita akan berhubung dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) esok (Rabu) berhubung perkara ini," kata Ketua Polis Shah Alam, ACP Shafien Mamat.
 
Terdahulu, perlawanan yang memasuki minit-minit terakhir dicemari dengan kekecohan apabila sekumpulan penyokong yang menggelarkan diri mereka Ultras Malaya membaling suar, bom asap dan mercun.  
 
Kekecohan itu menyebabkan perlawanan yang telah memasuki minit ke-87 terpaksa dihentikan.
 
Shafien turut memberitahu terdapat dakwaan serangan terhadap segelintir penyokong Arab Saudi.
 
"Setakat ini, kita belum menerima sebarang laporan penyokong Arab Saudi diserang. Seorang duta memberitahu saya bahawa tiada penyokong Arab Saudi yang cedera," katanya sambil menambah bahawa polis akan menyiasat dakwaan tersebut.
 
Arab Saudi mendahului Malaysia dengan jaringan 2-1, menerusi jaringan tunggal Malaysia oleh Mohd Shafiq Rahim pada minit ke-70.
 
Penyokong Ultras Malaya didakwa mengadakan bantahan terhadap FAM selepas negara ditewaskan oleh Arab Emiriah Bersatu (UAE) dengan 10-0 dalam perlawanan pada Khamis lalu.
 
 

Tiada ulasan: