Rabu, 2 September 2015

PKR tidak terjejas dengan PAN-Tian Chua

 
Ia tidak menjadi isu walaupun PKR dan PAN menawarkan keahlian pelbagai kaum.


Tian-Chua1_pkr_600


PETALING JAYA: Penubuhan Parti Amanah Negara (PAN) tidak akan menjejaskan Parti Keadilan Rakyat (PKR), walaupun ia menawarkan keahlian tanpa mengira agama dan kaum.

Bahkan, Naib Presiden PKR, Tian Chua menyifatkan ia sebagai perkembangan positif kepada parti pembangkang lain.

“Saya tidak nampak ianya satu persaingan tapi perkembangan positif,” ujarnya.

Katanya, penubuhannya sama seperti PKR, 15 tahun lalu yang terbuka untuk menerima pelbagai kaum dalam sebuah parti.

“Politik kini lebih terbuka dan rakyat Malaysia lebih mesra dengan pergerakan politik yang lebih terbuka untuk penyertaan semua kaum,” katanya pada sidang medianya di Ibu Pejabat PKR pada Rabu.

Sementara itu, mengulas mengenai perbuatan perserta Bersih 4.0 yang memijak gambar Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada himpunan pada hujung minggu lalu, Chua meluahkan rasa kesalnya dan menyifatkannya perbuatan yang tidak bertanggungjawab.

“Kami menggesa sama ada peserta itu lelaki atau wanita untuk tampil ke hadapan untuk meminta maaf.
“Tidak sepatutnya menghina mana-mana kepimpinan,” ujarnya.

Tiada ulasan: