Sabtu, 26 September 2015

PAS Perak taruh calon bukan Islam lawan DAP

THE MALAYSIAN INSIDER



PAS Perak berkemungkinan besar mempertaruhkan calon bukan Islam di kawasan yang ditandinginya pada pilihan raya umum akan datang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 26 September, 2015.PAS Perak berkemungkinan besar mempertaruhkan calon bukan Islam di kawasan yang ditandinginya pada pilihan raya umum akan datang. – Gambar fail The Malaysian Insider.
 
 
PAS Perak berkemungkinan besar mempertaruhkan calon bukan Islam di kawasan yang ditandinginya pada pilihan raya umum akan datang (PRU14), lapor Sinar Harian hari ini.

Memetik pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria, akhbar itu melaporkan, keputusan itu bagaimanapun hanya akan dibuat sekiranya PAS menemui calon berkredibiliti dan boleh diterima pengundi, khususnya bukan Melayu.

"Kita berkemungkinan akan meletakkan calon bukan Islam terdiri dari kalangan ahli Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) negeri.

"Namun kriteria bergantung kepada kredibiliti serta sejauh mana penerimaan orang Melayu terhadap calon tersebut," katanya. 
 
Beliau berkata, khabar angin yang bekas ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP Sum Cheok Leong mungkin diletakkan selaku calon PAS itu adalah tidak benar.

"Pada ketika ini, yang menjadi fokus kita adalah membantu mereka yang boleh berkhidmat dan membawa agenda rakyat," Razman dipetik berkata akhbar itu.

Selain itu, beliau berkata keputusan PAS untuk bertanding semua kerusi DUN dan Parlimen di Perak pada PRU14 bergantung kepada kerjasama politik dengan PKR
 
 

2 ulasan:

Unknown berkata...

Hahahaha,letaklah calon di semua kerusi DAP.Biar DAP tahu langit tinggi rendah.....Di kerusi yg padat Melayu pun PAS susah mahu menang.Inilah dikatakan lidah tidak bertulang,bisa sahaja mengucapkan apa sahaja.....hakikatnya.....porahhhhhh

Unknown berkata...

Laaaaa...
Katanye berpolitik utk mengambilalih Puterajaya bukannya cita2 PAS...
Apa cerita ni..