Khamis, 10 September 2015

NGO India lapor polis Himpunan Baju Merah

 
Laporan polis itu dibuat kerana bimbang akan berlakunya kekecohan dan perkara yang tidak dingini pada hari berkenaan susulan penyebaran poster di sekitar ibu negara.


ngo,laporan,merah


PETALING JAYA : Persatuan Kebajikan Suara India Malaysia membuat laporan polis terhadap penganjuran Himpunan Baju Merah yang dirancang pada 16 September ini kerana bimbang ia mengancam keselamatan orang ramai.

Laporan polis itu dibuat oleh Penasihat persatuan itu, Papparaidu Veraman di Balai Polis Dang Wangi pada Khamis.

Dalam laporan itu, Papparaidu mendakwa dia telah melihat sebuah poster di ibu negara yang mengandungi perkataaan ‘Cina turun bersih sedialah bermandi darah pada 5 September.

“Dan juga ada satu lukisan yang menunjukkan seorang Melayu (berdasarkan pakaian) hendak menyerang seorang yang memakai baju Bersih.

“Saya juga mendapat maklum melalui surat khabar bahawa satu perhimpunan dengan tajuk Himpunan Rakyat Bersatu akan diadakan di Jalan Bukit Bintang Kuala Lumpur pada 16 September mulai dari jam 12 tengah hari sehingga 12 malam,” tulisnya dalam laporan polis yang salinannya diemelkan kepada FMT.

Papparaidu mendakwa, dia membuat laporan polis kerana bimbang akan berlakunya kekecohan dan perkara yang tidak dingini.

“Mengikut laporan akhbar, salah seorang (Datuk Jamal Yunos) yang mengambil bahagian dalam perhimpunan ini telah menyuarakan bahawa ada kemungkinan akan berlaku kekecohan.

“Saya membuat laporan ini dengan tujuan hendak meminta polis mengambil tindakan terhadap perhimpunan ini dan juga terhadap mereka yang menganjurkan perhimpunan ini,” katanya.

Tiada ulasan: