Jumaat, 25 September 2015

MCA: Hentikan retorik kaum dalam PAU

MALAYSIAKINI


 


Ekoran himpunan baju merah oleh kumpulan penyokong Melayu pada 16 September lalu seorang pemimpin MCA mengingatkan Umno supaya melupakan retorik perkauman dalam perhimpunan agung tahunan parti itu Disember ini.

Gesaan itu, kata Senator Chai Kim Sen (gambar), dibuat untuk mengelakkan keharmonian kaum dimusnahkan atau perlembagaan negara disanggah melalui salah guna hak kebebasan bersuara.

"Menjelang Pehimpunan Agung Tahunan Umno akan datang saya menyeru rakan dari parti itu tidak terbawa-bawa dengan retorik perkauman untuk mendapatkan keuntungan politik dalam ucapan mereka," katanya dalam kenyataan dibuat hari ini.

Komen Chai itu dibuat kerana Umno gagal mengawal pemimpin parti itu dari Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos yang menuntut supaya 50 peratus gerak di Jalan Petaling diperuntukkan kepada penjaja Melayu.

Kegagalan memenuhi tuntutan itu didakwa bakal mencetuskan rusuhan di pusat perdagangan didominasi peniaga Cina itu esok.

Chai yang juga Pengerusi Biro Publisiti MCA memberitahu di sebalik kata-kata Jamal itu tiada ahli Umno mengecam kenyataan berkenaan atau mengambil langkah meyakinkan rakyat.

Justeru Chai menggesa pemimpin Umno di peringkat pusat dan bahagian supaya menunjukkan pertimbangan sewajarnya serta memastikan ahli parti berkenaan tidak terjerumus dalam aktiviti melampau yang "boleh mengancam keharmonian masyarakat".

"Sebarang kerosakan terhadap hubungan antara kaum, serta pelanggaran semangat BN serta Perlembagaan Persekutuan mesti dikutuk," katanya.

Tiada ulasan: