Selasa, 22 September 2015

Khairy saran Ketua Pemuda MCA Pasir Gudang keluar BN

ANTARAPOS.COM

 
Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menyarankan pemimpin pemuda MCA bahagian Pasir Gudang agar keluar daripada Barisan Nasional (BN) sekiranya bertegas untuk memutuskan hubungan dengan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohd Najib Razak.
 
Khairy berkata beliau kesal dengan tindakan Ketua Pemuda MCA Pasir Gudang, Chia Chow Hui itu yang bersifat kebudak-budakan apabila mengaitkan isu perhimpunan baju merah sebagai alasan untuknya berbuat demikian. 
 
Malah katanya, tindakan itu bertentangan dengan prinsip kerjasama dan setia kawan dalam BN serta mencabar semangat kekitaan dalam gagasan yang dibentuk sekian lama.
 
"Jelas sekali, ini merupakan langkah kebudak-budakan, mendahului parti dan dikhuatiri berniat jahat ke atas kepimpinan negara dalam keadaan serta cabaran geopolitik yang sedang kita lalui.
 
"Pemuda Umno ingin mengingatkan Chow Hui supaya membuat pertimbangan  wajar sebelum mengeluarkan  kenyataan yang boleh merosakkan kerjasama parti-parti komponen BN,"katanya dipetik Sinar Harian.
 
Kelmarin sebuah portal web melaporkan Chow Hui memutuskan hubungan dengan Najib susulan sokongan beliau kepada Himpunan Rakyat Bersatu (himpunan merah). 
 
Chow Hui dilaporkan berkata himpunan baju merah menghancurkan keharmonian kaum. 
 
Hal ini bermaksud semua anggota Pemuda MCA bahagian itu tidak akan menghadiri majlis Najib atau menyokong beliau dalam apa cara sekalipun.
 
Mengulas lanjut, Khairy meminta satu siasatan lanjut dilakukan berhubung pendirian pemuda MCA kawasan berkenaan.
 
"Saya mahu Pemuda MCA Kebangsaan membuat siasatan mendalam ke atas ketetapan Pemuda MCA Pasir Gudang seperti yang dinyatakan semalam (kelmarin).
 
"MCA merupakan rakan komponen dalam BN sejak sekian lama dan perkongsian kuasa di antara kaum telah kita amalkan dengan jayanya selama ini. Kerjasama ini boleh rosak dengan tindakan individu tidak bertanggungjawab seperti Pemuda MCA Pasir Gudang," katanya. 
 
Pemuda MCA Bahagian Pasir Gudang adalah yang pertama berbuat demikian dalam BN. 


1 ulasan:

Unknown berkata...

u biarkan geng merah kutuk cina dan hina mereka dgn babi

u aspek cina mca dn lain2 yg dlm bn tkde perasaan ke

u langsung tk nasihat geng merah supaya jgn hina budaya org lain

ur presiden sokong sebb dia ada pembela dikala rakyat marah padanya

smeua rakyat malaysia yg tidak rasis dan taksub agama sempit dijemput bersama
PAKATAN HARAPAN dan parti Amanah

PH harapan utk masa depan rakyat malaysia

tinggalkan mereka yg rasis dn agama sesempit jamban