Rabu, 16 September 2015

Hukum melaga-lagakan pipi dengan bukan muhrim, haram – Mufti Selangor

 
Katanya, walaupun ada sesetengah pihak mengatakan perbuatan itu sebagai adat, namun jika melanggar syarak, ia tetap salah.


tamyes


PETALING JAYA: Hukum melaga-lagakan pipi dengan bukan muhrim adalah haram mengikut Mazhab Shafiie.

Mengulas mengenainya, Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid berkata hukum itu turut merangkumi mana-mana anggota kelurga yang batal air sembahyang, termasuk anak-menantu,ipar-duai, besan, biras dan sebagainya.

“Tidak kiralah melaga-lagakan pipi, salam atau memegang tangan antara dengan bukan muhrim tetap dihukum haram walaupun dia adik iparnya sendiri.

“Ini kerana sekiranya adik iparnya itu bukan sejenis dan perbuatan itu boleh membatalkan wuduk seseorang, perbuatan itu dihukum haram dan melanggar syarak.

“Wajib seseorang itu tidak melakukan perbuatan seperti itu,” katanya ketika dihubungi FMT.

Sehubungan itu, Mohd Tamyes menasihatkan agar perbuatan seperti itu ditinggalkan dan wajib seseorang itu sentiasa berwaspada dalam menjaga adab-adab dan tatasusila antara sesama Islam.

Katanya, walaupun ada sesetengah pihak mengatakan perbuatan itu sebagai adat, namun jika melanggar syarak, ia tetap salah.

“Sebagai orang Islam, kita kenalah menjaga tata susila hubungan antara mahram dan bukan mahram.
“Islam itu cantik dan kita perlulah menjaganya dengan sebaik-baiknya,” katanya.

Kenyataan itu dibuat dengan merujuk rakaman video isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang melaga-lagakan pipinya dengan adik iparnya, Datuk Mohd Nazim Tun Razak dimuat naik di laman sosial.

Bagaimanapun, Pegawai Khas isteri Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor menjelaskan apa yang dilakukan majikannya sekadar berlaga pipi dan ia hanya adat menghormati perkahwinan pasangan Nazim dan Norjuma Habib Mohamed.

Bahkan dia menjelaskan ia visual lama, yang telah dirakam 15 tahun lalu.

Tiada ulasan: