Selasa, 15 September 2015

Himpunan Baju Merah tindakan ‘hodoh’ dan rosakkan UMNO

 
Rakyat menunggu berapakah jumlah bil pembersihan yang akan dihantar oleh Abdul Rahman Dahlan kepada penganjur himpunan pada 16 September.


Tuan-Ibrahim-Tuan-Man,-Red-Shirts


PETALING JAYA: Himpunan Baju Merah oleh UMNO bagi membalas perhimpunan Bersih 4.0 bukan saja tindakan hodoh malah merosakkan imej parti itu.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tindak balas penyokong UMNO itu membuktikan Pas dan UMNO dua parti yang jauh berbeza dari segi tindakan dan hemah politik.

“Di Bersih 4.0 ada usaha pihak tertentu membuat provokasi meletakkan gambar Perdana Menteri dan Presiden Pas untuk dipijak sebagai simbolik kerjasama antara Pas dan UMNO. Tapi, hakikatnya usaha provokasi ini gagal.

“Bagi Presiden Pas, tindakan itu dianggap sebagai tindakan mereka yang tidak faham dengan keadaan semasa. Lebih mengharukan apabila Presiden Pas memaafkan tindakan mereka. Pas cuma menegur, satu reaksi biasa daripada organisasi yang sihat, apabila melihat pemimpinnya dijadikan bahan provokasi oleh golongan yang tidak bermoral.

“Lihatlah bagaimana ahli UMNO bertindak balas dengan upacara membakar patung pemimpin pembangkang sebelum perhimpunan baju merah yang bakal diadakan esok.

“Tindakan ini bukan sahaja hodoh malah merosakkan imej UMNO sendiri. Ini jelas menunjukkan bahawa Pas berbeza daripada UMNO dari segi tindakan dan hemah politiknya,” katanya dalam kenyataan media.

Tuan Ibrahim berkata, rakyat menunggu reaksi Datuk Abdul Rahman Dahlan yang sebelum ini beriya-iya menghantar bil pembersihan RM65,000 kepada penganjur Bersih 4.0.

“Apakah pula nilai bil membersihkan Kuala Lumpur yang akan diterima penganjur selepas perhimpunan nanti? Apakah pihak berkuasa boleh bertindak secara konsisten dan adil? Semua ini akan dinilai rakyat,” katanya.

Tiada ulasan: