Khamis, 17 September 2015

Himpunan Baju Merah 2.0 jika ada Bersih 5.0

 
Penganjur sedia mengadakan Himpunan Baju Merah 2.0 pada hari dan waktu yang sama dengan Bersih 5.0.


Jamal-Yunos_talk_600


KUALA LUMPUR: Dengan kehadiran 300,000 peserta, penganjur Himpunan Rakyat Bersatu atau Baju Merah mengancam untuk terus mengadakan himpunan itu jika Bersih 5.0 diadakan.

Pengerusi Gabungan NGO Melayu, Datuk Jamal Md Yunos, berkata pihaknya tidak gentar untuk mengadakan perhimpunan pada tarikh dan waktu yang sama dengan Bersih 5.0

“Kalau Bersih nak buat lagi, kita akan turun pada tarikh yang sama. Jangan cabar kami, kerana semalam (16 Sept) kami sudah buktikan,” ujarnya.

Jelas Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu lagi, Himpunan Baju Merah semalam telah membuktikan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak masih lagi mendapat sokongan jitu daripada rakyat.

“Anggaran 300,000 peserta itu berjaya dicapai dan masih ramai lagi yang tidak dapat masuk ke Padang Merbok. Semalam juga seramai satu juta orang telah pakai baju merah.

“Inilah suara rakyat yang masih menyokong Najib serta barisan kepimpinan yang dilantik beliau,” ujarnya dalam sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), pada Khamis.

Bagaimannapun apabila diminta statistik kehadiran peserta ke himpunan itu, Jamal tidak mendedahkan bagaimana beliau mendapat statistik kehadiran 300,000 peserta itu.

Pada masa sama, Jamal juga menegaskan bahawa segala kritikan dan laporan berita mengenai kontroversi syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dan isu wang derma RM2.6 bilion hanyalah fitnah semata-mata yang ditimbulkan pembangkang.

1 ulasan:

cikmatgelap berkata...

poraaaah...patut berniaga ikan semua dah melingkup tu