Khamis, 3 September 2015

Hakim sahkan perkahwinan Hatta Ramli gugur talak tiga

ANTARAPOS.COM


Post Pic


SHAH ALAM: Ketua Hakim Mahkamah Syariah Kelantan, Datuk Daud Muhammad mengesahkan perkahwinan antara Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr. Hatta Ramli dan isterinya, sah gugur talak tiga kerana melanggar baiah yang dilafazkan sebelum ini.

Daud berkata, perkahwinan itu tidak boleh dirujuk semula melainkan isteri kepada Dr. Hatta itu berkahwin dengan individu lain dan kemudian bercerai.

"Perkara itu berlaku berdasarkan kandungan baiah (yang dilafazkan). Memandangkan mereka bukan lagi pasangan suami isteri, mereka tidak boleh lagi tinggal bersama," katanya yang dipetik Berita Harian.

Mengulas lanjut, Daud meminta pasangan terbabit hadir ke Mahkamah Syariah untuk pengesahan status mereka.

"Sehingga kini, Dr Hatta dan pasangannya belum mendaftar mengenai status perkahwinan mereka di Mahkamah Syariah," ujarnya.

Hatta antara 22 ahli PAS yang keluar parti dan menyertai Parti Pekerja Malaysia (PPM) yang dipengerusikan oleh bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Berikutan tindakan menyertai parti baru itu, lafaz talak tiga berkenaan terpakai kepada semua isteri wakil rakyat terbabit, termasuk yang memiliki dua atau tiga isteri.

Kelmarin, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, mengesahkan seramai 22 bekas pemimpinnya termasuk tujuh wakil rakyat bukan lagi ahli parti itu sebaik menyertai PPM.

4 ulasan:

Unknown berkata...

Ayam Jeddah punya puak UG, mempermainkan (mempeertaruhkan ) hukum talak.Kemaruk manapun kerana tak mahu hilang kerusi , gunlah cara lain.Ini bukan main mainan .

mansor berkata...

peliklah kalau itu kata hakim syariah....bila bicara dah dengar ke hujah pembela dan pendakwa....atau hakim ni adalah triniti...dia dakwa kemudian bela dan buat penghakiman....kikikikikikikik.....kalau nilah jelas hukum hudud adalah khayalan PAS....

Mona berkata...

en mansor, hukum hudud itu, hukum Allah, jgn dipersenda

Muslimah berkata...

Master Sgp .... Sekiranya anda seorang ISLAM, bertaubat lah segera kerana berjudi itu HARAM hukumnya bagi orang Islam dan termasuk dalam DOSA BESAR.