Oleh Alyaa Alhadjri
Berikutan hasil mesyuarat majlis tertinggi Umno pada 9 September, pemerhati percaya yang Perdana Menteri Najib Razak dan timbalan presiden Umno Muhyiddin Yassin sedang “bermain selamat” daripada melakukan sebarang tindakan yang boleh menyebabkan parti itu terus berpecah belah.
Kelangsungan
politik individu dan mengekalkan kedudukan kekuasaan dan pengayaan
diri parti yang mendominasi gabungan pemerintah BN nampaknya terus
menjadi keutamaan.
Baik Najib mahupun Muhyiddin tidak mempunyai keberanian untuk menggubah keadaan, sebaliknya memilih untuk mengekalkan status quo.
Penganalisis politik Ibrahim Suffian memberitahu SemutHarian
yang tidak wujud keperluan untuk Najib memecat Muhyiddin, naib
presiden Umno Shafie Apdal dan lima yang lain daripada parti, seperti
yang disebarkan khabar angin sebelum ini.
“Tidak
banyak yang berlaku sewaktu mesyuarat. Apa yang berlaku dalam Umno
kini telah diredakan dengan kenyataan Najib tentang kepentingan
pemimpin parti untuk bersatu bagi menjamin masa depannya,” kata
Ibrahim.
Pada 9 Sept, Malaysiakini memetik
Najib sebagai berkata yang kedua-dua Muhyiddin dan Shafie telah
menyatakan komitmen penuh mereka kepada Umno dan bekerja bersama-sama
untuk kepentingan parti.
“Kami juga
membincangkan perkembangan isu semasa yang perlu diselesaikan,
kepentingan perpaduan dalam kalangan kepimpinan tertinggi Umno,
termasuk dalam majlis tertinggi yang bertindak sebagai asas menjamin
Umno terus menjadi parti yang berkuasa dan kemampuan kami menyelesaikan
apa sahaja isu,” kata Najib dalam sidang media di ibu pejabat parti di
PWTC selepas pertemuan itu.
Bagaimanapun,
Ibrahim, menyifatkan yang tumpuan utama Najib adalah untuk
memperkukuhkan kedudukannya sendiri bagi menangani desakan untuk dia
meletakan jawatan selepas skandal “derma” RM2.6 juta dan kekecohan
kewangan 1MDB.
“Dia (Najib) tidak
bertindak keterlaluan dan tidak melakukan perkara yang tidak perlu
untuk melindungi kedudukannya,” kata Ibrahim, merujuk kepada tindakan
Najib sebelum ini yang memecat Muhyiddin dan Shafie dari Kabinetnya.
“Tidak wujud keperluan untuknya memecat sesiapa (dari Umno),” tekannya.
Muhyiddin
dan Shafie adalah antara pemimpin Umno yang secara terbuka mendesak
Najib bertanggungjawab ke atas keputusannya berkaitan dengan 1MDB,
menekankan yang tugas mereka berdua untuk menyelamatkan parti daripada
terus jatuh tersungkur.
Selaku
menteri kewangan dan pengerusi lembaga penasihat 1MDB, nampaknya
keenganan Najib untuk bertindak menangangi tuduhan kepadanya juga
menarik kecaman antarabangsa daripada badan antarabangsa seperti
Transparency- International dan Amnesty International.
Ketua
perhubungan Umno Ahmad Maslan baru-baru ini berkata yang “Umno hanya
boleh dimusnahkan daripada dalam” dan Najib dipercayai telah terlepas
peluang untuk menyingkirkan pengkritik utamanya, walaupun wujud
kebimbangan yang perpecahan dalaman boleh merebak dalam Umno.
Begitu
juga, pemerhati mengatakan yang Muhyiddin boleh menggunakan
kedudukannya untuk menekan Najib mengambil tindakan segera yang selaras
dengan desakan akar umbi yang di buat di peringkat bahagian Umno.
Apabila ditemui oleh wartawan selepas pertemuan itu, Muhyiddin dipetik sebagai berkata yang dia adalah seorang ahli umno totok.
“Semua
berjalan baik...saya Umno totok,” kata Muhyiddin yang sebelum itu
disambut oleh sorakan daripada lebih kurang 100 orang penyokongnya.
Ibrahim percaya yang Muhyiddin masih mempunyai pengaruh dalam kekuatan dalam Umno walaupun kuasanya sudah disekat.
“Selagi mana dia kekal sebagai ahli, dia masih berpeluang (untuk mengetuai Umno),” tambahnya.
Ibrahim
juga menyifatkan yang deklarasi Muhyiddin tentang kesetiaanya adalah
petunjuk dia tidak akan “bergabung” dengan Pembangkang dalam cubaan
menjatuhkan Najib selaku perdana menteri.
Walaupun
slogan parti adalah ‘untuk agama, bangsa dan negara’, nampaknya
kelangsungan politik individu, untuk terus kekal berkuasa dan
mengekalkan status quo, adalah keutamaan Umno kini.
Dan
mempertimbangkan amalan biasa Najib untuk memberikan ‘ganjaran’ kepada
mereka yang menyokongnya atau ‘membeli’ sokongan, kita hanya akan
tertanya-tanya apakah kelebihan yang telah diberikan kepada Muhyiddin
dan Shafie sehingga mereka boleh tersenyum dan bersalam dengan PM
selepas pertemuan itu.
Lagipun,
pemimpin Umno lain yang dalam diam-diam berkorban, telah membuktikan
mereka masih boleh mendaki kuasa dalam parti selepas ‘menghabiskan masa
hukuman mereka’ dan ‘berbuat baik’.
Apa yang berlaku sehingga menyebabkan Muhyiddin dan Shafie kembali tunduk masih belum kita tahu.
Komen dan cadangan boleh dihantar kepada penulis di alyaa@hckmedia.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan