Khamis, 17 September 2015

Amalan raja bomoh Ibrahim Mat Zain haram

raja bomoh
Ibrahim ketika di KLIA melakukan ritual pencarian MH370 yang hilang.


IPOH - Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk) akan mengambil tindakan terhadap raja bomoh, Ibrahim Mat Zin setelah pewartaan haram berkaitan amalan songsangnya dibuat.

Pengarahnya, Datuk Mohd Yusop Husin berkata, perkara itu ditegaskan berikutan pewartaan tersebut tertakluk di bawah bidang kuasa Jabatan Mufti Perak.

“Jawatankuasa Fatwa Negeri yang bermesyuarat kelmarin telah memutuskan bahawa ajaran bomoh terbabit haram dan terpesong daripada ajaran Islam.

 “Di pihak Jaipk, kami hanya tunggu pewartaan tersebut dibuat sebelum sebarang tindakan boleh dikenakan terhadap beliau,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurut beliau, setakat ini hanya Ibrahim sahaja yang dikesan mengamal dan menyebarkan ajaran songsang di Perak.

Kelmarin, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak dalam mesyuaratnya dilaporkan telah memutuskan bakal mewartakan amalan yang dibawa Ibrahim sebagai sesat dan haram.

Dalam kenyataan sama, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan keputusan itu dicapai setelah melihat amalan dan ajaran yang dibawa oleh bomoh terbabit.

INFO

Perlakuan pelik Ibrahim Mat Zin

12 Mac 2014 - Upacara mencari pesawat MH370 di KLIA menggunakan bubu, kelapa, teropong buluh dan beberapa peralatan lain.

16 Mac 2014 - Upacara sama dilakukan di hadapan Menara Condong, Teluk Intan, Perak.

29 Mac 2014- Upacara sama dan dilakukan di Pulau Sembilan, Perak.

19 April 2014 - Upacara ritual di kawasan kemalangan bekas ahli Parlimen Bukit Gelugor, mendiang Karpal Singh.

14 Februari 2015 - Upacara di luar Penjara Sungai Buloh selepas Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan.


Tiada ulasan: