Selasa, 22 September 2015

20,000 jemaah Malaysia mula bertolak ke Arafah

MALAYSIAKINI


 


Seramai lebih 20,000 jemaah haji Malaysia yang berada di tanah suci Mekah akan bertolak ke Arafah hari ini.

Mereka akan ke Arafah secara berperingkat bermula jam 8 pagi (1 petang waktu Malaysia) dengan menaiki bas.

Selain jemaah Malaysia, lebih tiga juta jemaah haji dari seluruh dunia akan turut berada di Arafah esok.
Selepas bermalam di padang Arafah, kesemua jemaah haji akan ke Mina.

Kemudian mereka akan melontar jamrah pada Khamis ini bersamaan 10 Zulhijjah, sekali gus menandakan tibanya Hari Raya Aidiladha.

Bermula dengan melontar Jamratul Aqabah, jemaah juga akan melontar di Jamratul Ula dan Wusta selepas gelincir matahari pada 11 Zulhijjah.

Jemaah haji juga akan bermalam di Muzdalifah bagi mengutip batu-batu kecil untuk melontar jamrah pada Hari Tasyrik iaitu 11,12 dan 13 Zulhijjah.

Kesemua jemaah akan berulang-alik dengan berjalan kaki dari tempat mereka bermalam di Mina ke kompleks Jamrah untuk menunaikan wajib haji itu.

Selepas selesai, mereka akan mengerjakan tawaf serta saie untuk melengkapkan perkara penting bagi menyempurnakan haji.


Tiada ulasan: