Isnin, 17 November 2014

Umno, NGO sifatkan pelajar UUM bukan Islam guna surau sebagai biadap

ANTARAPOS.COM

 
Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: Umno dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu mengecam tindakan sekumpulan mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM) bukan Islam yang menganjurkan program di sebuah surau baru-baru ini dan mendakwa ianya mencemarkan rumah ibadat umat Islam.
 
Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Razali Ibrahim membidas tindakan kumpulan tersebut kerana tidak menjaga sentiviti penduduk setempat beragama Islam.
 
"Kita kena hormati rumah ibadat. Di surau atau masjid kita ada peraturan. Mana-mana penganut agama pun tidak rela rumah ibadat mereka tidak dihormati dan dicemari dengan kelakuan bercanggah dengan kesuciannya," kata ahli Parlimen Muar yang dipetik Utusan Malaysia hari ini.
 
Semalam, beberapa keping gambar sekumpulan pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) termasuk bukan Islam menggunakan surau Batu 15 Sintok, Kedah semalam tersebar di laman sosial.
 
Gambar tersebut memaparkan kumpulan tersebut duduk bercampur antara lelaki dan perempuan bagi mengadakan Himpunan Promahasiswa ternyata telah mencemar kesucian rumah ibadat itu.
 
Malah dalam kumpulan tersebut pelajar bukan Islam dilihat tidak menutup aurat untuk memasuki surau itu namun mereka tidak pula ditegur oleh pelajar Islam di situ.
 
Razali yang juga timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, tindakan akan diambil ke atas pelajar yang terlibat.
 
"Mereka yang bersalah ini perlu dihukum dan kita perlu pastikan perkara sama tidak berulang," katanya.
 
Sementara itu, Pertubuhan Peribumi Perkasa (PERKASA) menyifatkan tindakan pelajar UUM tersebut sebagai tidak bermoral.
 
Ketua tugas-tugas khas biro pemantauan dan integriti PERKASA Ruslan Kasim, menyelar mereka supaya tidak menjadi alat kepada pihak tertentu dalam mengugat kestabilan negara.
 
"Masuk ke dalam surau tanpa memakai pakaian sopan dan menyampaikan ucapan menunjukkan betapa rendahnya nilai moral mereka dalam menghormati agama Islam.
 
"Saya harap mahasiswa jangan mudah terpengaruh dengan mana-mana pihak yang cuba menjadikan mereka sebagai kuda tunggangan bagi merealisasikan agenda menjejaskan kestabilan negara, selain berfikir rasional sebelum melakukan sebarang tindakan," katanya.
 
Kumpulan pro-mahasiswa tersebut mengadakan program di surau Batu 15, Sintok, Kubang Pasu selepas pihak universiti menolak permohonan mereka untuk mengadakan program di dalam kampus.
 
Program itu dipercayai diadakan bagi mengekalkan momentum sokongan terhadap kumpulan promahasiswa sehingga Pilihan Raya Kampus 2014/2015.
 
Difahamkan program itu juga turut disertai oleh Presiden PMUM Fahmi Zainol dan aktivis sosialis K.S. Bawani yang pernah mencetuskan kontroversi sebelum ini.

Tiada ulasan: