MALAYSIAKINI
Perbicaraan kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka berakhir hari ini di Mahkamah Persekutuan.
Pasukan pembelaan akan membalas hujah dibangkitkan peguam pendakwaan yang dilantik kerajaan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.
Walaupun hanya ditetapkan selama dua hari pada asalnya, pendengaran rayuan Anwar itu memasuki hari ketujuh hari ini.
Pihak pembelaan dan pendakwaan masing-masing sudah mengambil tiga hari untuk menyelesaikan penghujahan mereka.
LAPORAN LANGSUNG:
1.05pm: Ram berkata, terdapat keraguan serius dan perkara itu memberikan hak untuk anwar dibebas dan dilepas daripada kes itu.
Mahkamah berhenti sebentar untuk makan tengah hari.
1.00pm: Ram berkata, terdapat kemungkinan yang nyata bahawa sampel itu diusik dan ia mungkin sampel berbeza.
Satu sampel diambil daripada Saiful menunjukkan kemerosotan tetapi tidak
yang lain; dan perkara itu mencetuskan keraguan, kata Ram.
“Tembusan tidak berlaku dalam kes ini, bagaimana sampel ditemui di dubur?” soalnya.
Saiful juga, katanya, bukan saksi meyakinkan seperti dinyatakan oleh Mahkamah Rayuan.
12.55pm: Ram berkata, terdapat alasan untuk meragui
atau tidak percaya pada testimoni Jude kerana dia didapati menipu dalam
prosiding yang lain.
Beliau merujuk tindakan Jude (kiri) membuka beg plastik P27.
Ram kemudian merujuk keterangan Dr Thomas Hoogland yang mana terdapat
bukti untuk mengatakan Anwar tidak melakukan tindakan seks seperti
didakwa Saiful.
Anwar selepas pembebasannya pada 2004 menjalankan pembedahan belakang.
“Bukan kebetulan untuk Saiful bertemu Najib, dan ini bertentangan dengan
'Kes Tandoori' yang mana ahli politik disyaki tidak bertemu dengan
perdana menteri India.”
12.35pm: Ram mempersoalkan kelayakan Seah yang dalam
testimoninya mengaku meajalankan ujian DNA sejak 1994 tetapi kelayakan
doktor falsafah beliau hanya diperoleh pada tahun 2000.
Ram kembali menyentuh soal gangguan terhadap bahan bukti, berhubung
tindakan Jude membuka beg plastik mengandungi sampel daripada HKL.
“Dia tidak patut membuka plastik itu kerana perkara ini mencetuskan keraguan.”
Ram kemudian membaca testimoni Jude semasa pendengaran Suruhanjaya Hak
Asasi Manusia (Suhakam) berhubung penangkapan lima peguam, yang mana
Shafee ketika itu mempengerusikan panelnya, mendapati bahawa pegawai
polis bukan saksi berwibawa.
Ram kemudian membawa testimoni Jude di mahkamah ketika soal balas oleh
peguam bela sebelum ini, mendiang Karpal Singh, yang berkata Mahkamah
Persekutuan patut berhati-hati menerima keterangan daripada pegawai
polis.
12.31pm: Ram sekarang cuba membersihkan reputasi Dr Brian McDonald (kanan) ekoran keputusan penghakiman Mahkamah Rayuan yang mendakwa beliau seorang pakar dan hanya pandai berteori.
Shafee sebelum ini berkata, pengakuan McDonald tidak diterima walaupun di Australia, negaranya sendiri.
12.20pm: Ram memberi amaran bahawa garis panduan harus diikuti dan salinannya patut disediakan kepada pihak pembelaan.
Katanya, jika tidak diberikan, ia akan menyebabkan seseorang itu
disabitkan membunuh atau kesalahan lain, kerana garis panduan tidak
diberikan atau ahli kimia tidak mengikutinya.
12.12pm: Ram berkata apa yang dilabelkan oleh doktor HKL pada sampel itu adalah berbeza.
Ini kerana, katanya, DSP Jude telah melabelnya apabila membuka plastik besar mengandungi sampel HKL di pejabatnya.
Hakim Abdull Hamid bertanya, berdasar analisis Seah dan keterangan
doktor HKL bahawa kemungkinan ada tembusan boleh jadi keterangan dengar
cakap.
Ram bersetuju dan berkata ia bukan sampel yang sama dan Saiful tidak diliwat.
12.07pm: Oleh itu, Ram berkata, terdapat persoalan sama ada penembusan sebenarnya berlaku.
12 tengah hari: Ram kini berhujah sekitar isu penembusan.
Ram berkata, tiada bukti perubatan mencadangkan penemuan sebelumnya, kerana tiada bukti perubatan untuk menyokong andaian itu.
“Penemuan sebelumnya tidak patut dipertimbang, bahawa berlakunya tembusan,” kata Ram.
Apa yang penting, katanya, empat orang doktor – seorang daripada Pusrawi dan tiga daripada HKL – berkata tiada tembusan berlaku.
Shafee menunjukkan testimoni Saiful bahawa Anwar memancutkan mani dalam duburnya “seperti biasa”.
Sementara itu, suasana di perkarangan Istana Kehakiman meriah apabila permainan 'kuiz' (kanan) berkisar kes liwat II itu diadakan.
Penyokong yang berjaya menjawab soalan dengan tepat turut diberikan hadiah hamper.
Kartunis Zunar sebagai pengadil turut memakai pakaian seperti hakim
dengan mengenakan rambut palsu berwarna putih dan jubah hitam.
Antara soalan yang ditanyakan dalam permainan kuiz itu ialah siapakah
hakim bagi pendengaran kes liwat II dan apakah jenama dan saiz seluar
dalam Saiful. [Baca lanjut]
11.52am: Mahkamah bersidang kembali.
Ram berkata, tindakan pihak pendakwaan meminta Awar mengambil DNA-nya
sendiri untuk membuktikan pembelaannya sesuatu yang mengejutkan.
Katanya, pendakwaan sepatutnya membuktikan kes itu melampaui keraguan
munasabah dan bebannya tidak terletak di bahu pihak pembelaan.
“Ini asas undang-undang, kerana penting untuk pihak pendakwaan membuktikan kes itu,” katanya.
Shafee pada Selasa mencadangkan Anwar mengambil sampel DNA-nya untuk membuktikan dia tidak bersalah.
11:13am: Mahkamah berhenti berehat sebentar. Akan bersambung semula pada 11.30 pagi.
11:20am: Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan ketua anggota parlimen DAP Lim Kit Siang kelihatan dalam mahkamah.
Dua cucu kecil Anwar juga berada dalam mahkamah.
11:05am Ram berkata, tiada keraguan bahawa pihak
pendakwaan mengakui terdapat kemerosotan pada sampel, sebaliknya tiada
kemerosotan pada calitan daripada bahagian intim.
Ram bertanya bagaimana sampel itu boleh berada dalam keadaan asli
sedangkan ia tidak disimpan dalam peti sejuk seperti disarankan.
Justeru, kata Ram, ia menunjukkan bahawa sampel itu bukan sampel yang sama dan boleh jadi sudah dikompromi.
10.43am: Hakim
Tan Sri Suriyadi Halim bertanya, jika 18 alel itu asing, ia tidak
menolak kehadiran Anwar dalam sampel-sampel itu (seperti daripada lokap
dan Saiful).
Ram menjawab bahawa ia juga boleh bermaksud Anwar tidak pun berada di sana (kondominium).
Ram berkata ahli kimia Seah (kanan) juga setuju bahawa tiada kemerosotan sampel walaupun diambil selepas 56 jam.
Katanya, walaupun tidak menggunakan perkataan “asli”, Seah setuju bahawa tiada kemerosotan sampel.
Bagaimanapun, kata Ram, Seah bersetuju bahawa kemerosotan akan berlaku.
10.40am: Penyokong Anwar semakin bertambah. Kira-kira 200 orang kini berhimpun di perkarangan Istana Kehakiman.
Selain berkumpul mereka turut membaca surah Yassin dan mendengar ceramah daripada pemimpin PKR.
Risalah yang mengandungi gambar mata Anwar yang lebam pada 1998 dan
bertulis "Jangan biarkan ini berlaku lagi" turut disebarkan kepada orang
ramai.
Selain itu, peniaga turut mengambil kesempatan dengan menjual baju-T
bertulis "Rakyat Hakim Negara”, payung dan kerusi lipat kepada peserta
himpunan.
10.30am: Ram berkata, spekulasi dan andaian tidak boleh dibuat dalam isu itu.
Katanya, pencemaran berlaku atau kesimpulan yang boleh dibuat adalah sampel itu telah dikompromi.
1020am: Ram berkata, 18 alel muncul pada tuala 'good
morning', berus gigi dan botol air mineral dan perincian semula patut
dilakukan bagi menjelaskan kehadirannya.
Keadaan itu sama seperti dalam kes Teoh Beng Hock apabila alel asing ditemui daripada tali pinggang si mati.
Ram menegaskan bahawa pihak pendakwaan harus menjelaskan kenapa terdapat kehadiran 18 alel itu.
“Ia juga muncul dalam calitan rektal tinggi B9 dan lokap daripada tuala 'good morning'.”
Pihak pendakwaan menjelaskan, ia mungkin datang daripada Dr Mohd Osman Abdul Hamid tetapi tiada bukti.
Justeru, ia hanya boleh dikatakan sebagai kemungkinan.
Katanya, 18 alel juga terdapat dalam lokap dan ia menunjukkan sampel itu
datang daripada pihak ketiga tetapi tidak boleh dan berbahaya untuk
dikaitkan dan dispekulasi dengan doktor Dr Osman (atas).
“Tiada bukti untuk menyokong hujah pihak pendakwaan. Beban pembuktian
terletak di bahawa pihak pendakwaan untuk membuktikan kes itu melampaui
keraguan munasabah.”
10.10am: Peguam bela Ram Karpal merujuk kepada tuala 'good morning' yang terdapat kehadiran 18 alel.
Ahli kimia Nor Aidora Saedon berkata 18 alel itu merupakan stutter.
“Bagaimanapun, berdasarkan garis panduan Jabatan Kimia, 18 alel itu bukan stutter, dan ia sepatutnya dilaporkan.”
Daripada testimoni Nor Aidora, ahli kimia itu kemudian bersetuju bahawa
tindakannya bertentangan dengan garis panduannya sendiri.
“Tiada keraguan bahawa kehadiran contaminor dalam 18 alel yang didakwa tidak dapat dinafikan.”
10am: Ram berkata peguam kerajaan Dr Seah Lay Hong menyebut, 18 alel boleh berlaku pencemaran secara sporadic.
9.38am: Peguam bela Ram Karpal memulakan hujah balas terakhir pasukan pembelaan.
Beliau membangkitkan isu berkaitan sampel yang diambil daripada dubur pengadu kes Saiful Bukhari Azlan.
9:32am: Peguam utama Anwar, Datuk Seri Gopal Sri Ram bertanya sama ada mahkamah mahu pihak pembelaan menyentuh isu itu.
Hakim Tan Sri Arifin Zakaria bagaimanapun menyuruh prosiding perbicaraan diteruskan.
930am: Shafee (kanan) berkata beliau diarahkan
oleh peguam negara untuk membangkitkan kenyataan Anwar di media yang
menurutnya serius dan menghina mahkamah.
Tulisan dirujuk itu berjudul "Go back to law school, Anwar tells Shafee" dalam Malaysiakini.
9:27am: Mahkamah bersidang. Anwar melangkah ke kandang (bawah) sambil tersenyum kepada pemberita.
9am Mahkamah yang boleh memuatkan kira-kira 70 orang kini padat.
Antara kelihatan dalam mahkamah exco kerajaan Selangor Nik Nazmi Nik
Ahmad, anggota parlimen Wangsa Maju Tan Kee Kwong dan bekas timbalan
menteri perumahan Datuk Lajim Ukin.
Ketua pasukan pendakwaan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah tiba ke dalam mahkamah.
8.30am: Kira-kira 50 orang penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim mula berada di perkarangan Istana Kehakiman Putrajaya.
Penyokong Anwar semakin bertambah dari masa ke masa.
Di luar Istana Kehakiman juga kini terdapat deretan khemah sempena karnival yang akan diadakan hujung minggu ini.
[Laporan penuh menyusul]
Laporan tambahan oleh Zulaikha Zulkifli.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan