Anwar Ibrahim - Foto AFP
BUKIT MERTAJAM - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,
sekiranya Mahkamah Persekutuan membuat keputusan tidak memihak kepadanya
dalam rayuan beliau bagi sabitan kesalahan liwat, Majlis Presiden PR
akan mengadakan mesyuarat tergempar.
Anwar yang juga Ketua Umum PKR itu berkata, mesyuarat itu bertujuan menentukan hala tuju pakatan pembangkang.
"Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng ada mencadangkan pada hari yang andainya saya dijatuhkan hukuman, maka akan diadakan suatu mesyuarat tergempar untuk kita mara ke depan," katanya dalam sidang media selepas majlis perasmian naik taraf jalan Madrasah An-Nahdoh dan projek tebatan banjir Parlimen Permatang Pauh di sini, hari ini.
Anwar yang juga anggota Parlimen Permatang Pauh menganggap keputusan mahkamah yang tidak memihak kepadanya bukan masalah besar bagi pakatan pembangkang kerana mereka sudahpun membincangkan manifesto, agenda dan dasar bersama parti.
"Buat apa nak hukum saya, saya tak salah ...," katanya.
Pada Jumaat lepas, Mahkamah Persekutuan yang habis mendengar rayuan terakhir Anwar bagi sabitan kesalahan liwat dan hukuman penjara lima tahun, menangguhkan keputusannya pada satu tarikh yang akan ditentukan kemudian.
Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria berkata, Mahkamah Persekutuan memerlukan masa untuk meneliti semua hujahan dan nas undang-undang dikemukakan pendakwa raya dan pembelaan sepanjang lapan hari bersidang.
Berikutan itu, beliau yang mempengerusikan panel lima hakim mahkamah berkenaan mengekalkan jaminan RM10,000 yang ditetapkan Mahkamah Rayuan berserta semua syaratnya sehingga keputusan diumumkan.
Dalam rayuan itu, Anwar, 67, memohon kepada Mahkamah Persekutuan mengetepikan sabitan kesalahan dan hukuman yang dikenakan terhadapnya oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac tahun ini setelah mengubah keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Anwar.
Mahkamah Rayuan mendapati Anwar bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 27, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.
Tuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan. - Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan