KUALA TERENGGANU: Tiga pelajar Institut Latihan Perindustrian (ILP)
Gong Badak di sini, yang cedera selepas roket ujian mereka meletup di
Manir semalam kini berada dalam keadaan stabil.
"Walaupun kecederaan tangannya parah, pihak hospital akan berusaha
sebaik mungkin dan kita yakin berjaya memulihkannya dengan kepakaran
serta teknologi perubatan yang ada di HSNZ," katanya kepada pemberita
selepas taklimat media menggenai perkhidmatan Unit Neurosurgeri HSNZ di
sini, hari ini.
Katanya, dua lagi iaitu Nazrin Che Mohamad, 20, mengalami kecederaan di
mata iaitu calar di bahagian selaput mata dan Mohd Afiq Mohd Misran,
18, mengalami pendarahan dalam mata.
"Bagaimanapun kecederaan ini tidak akan menjejaskan penglihatan mereka
berdua dan akan pulih selepas beberapa rawatan susulan selepas ini,"
katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan