Sabtu, 15 November 2014

Banjir kilat: PAS Bintulu gesa k'jaan serius

HARAKAHDAILY 


KUALA LUMPUR: PAS Kawasan Bintulu menggesa pihak kerajaan agar serias dalam menangani masalah banjir kilat yang sering kali berlaku di kawasan itu.

Yang Dipertua PAS Bintulu, Ir Mohd Azwani Abdul Rani berkata, kejadian terbaru minggu lalu dibeberapa kawasan sekitar RPR Sebiew dan Kampung Kamunting benar-benar mengecewakan penduduk.

"Dengan musim hujan akhir tahun kian menghampiri, penduduk amat bimbang dengan kejadian sebegini berulang lagi," katanya sambil menambah kerajaan perlu segera menangani masalah ini.

Dalam pada itu beliau turut merakamkan penghargaan kepada ahli Parlimen Bintulu Tiong King Sing, yang terus mendesak pihak berwajib menangani masalah itu.

Tiong dalam perbahasannya di Dewan Rakyat minggu lalu menyifatkan kerajaan pusat sebagai 'kong kali kong' kerana sehingga sekarang masih tidak serius menyelesaikan masalah itu.

Beliau berkata, tindakan kerajaan yang hanya berjanji apabila tiba pilihan raya, dan tidak menunaikannya selepas menang, hanya memberi 'peluru' kepada pembangkang.

Beliau juga berkata, tidak tahan lagi dimaki oleh penduduk yang marah dengan sikap kerajaan yang lembab dalam menangani masalah itu.

Sementara itu, PAS Bintulu juga memohon jasabaik para penderma budiman untuk membantu adik Ainul Hayat Mohammad yang menghidap penyakit buah pinggang.

Beliau kini terpaksa mendpatkan rawatan susulan sejak lebih 5 tahun dan terpaksa berulang alik dari rumahnya di Kg Jepak, Bintulu dan mengikut rekod dia juga terpaksa melalui proses rawatan di Hospital Umum Kuching.
"Keadaan ibubapanya yang bekerja sendiri dan terpaksa menemani budak ini sewaktu menerima rawatan amatlah menghibakan," kata Mohd Azwani.

Kepada yang berhajat membantu boleh hubungi ayah beliau Mohamad  Junis di talian 013-8314124.

Sumbangan juga boleh disalurkan ke PAS Kawasan Bintulu - Bank Islam di nombor akaun 11031010021654 dan boleh hubungi Bendahari PAS Kawasan Bintulu, Wan Faiz di talian 019-5511332.-HARAKAHDAILY

Tiada ulasan: