Sabtu, 15 Mac 2014

Yussibnosh Balo calon BN di Balingian

MALAYSIAKINI
 
 
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pemilihan bekas pegawai daerah Dalat, Yossibnosh Balo sebagai calon BN dalam pilihan raya kecil (PRK) Balingian pada 29 Mac depan.

Yussibnosh , 46, adalah seorang Kristian Melanau tempatan dari Kampung Tellian

Muhyiddin mengumumkan pencalonan Yussibnosh di dewan sivik di Mukah petang ini, lapor Star Online.

Bercakap dalam satu sidang akhbar kemudiannya, timbalan perdana menteri berkata BN percaya beliau adalah calon terbaik untuk bertanding di Balingian.

Muhyiddin berkata jawatan terakhir Yussibnosh ialah sebagai pegawai daerah di tempat yang sangat dekat dengan Balingian, membuatnya begitu biasa dengan kawasan tersebut.

Sementara itu, Yussibnosh berterima kasih kepada kepimpinan BN yang memberi kepercayaan kepadanya untuk bertanding di situ.

Yussibnosh berkata pengalaman beliau sebagai pegawai daerah akan membantunya berkhidmat kepada rakyat jika terpilih.

"Kerjanya akan sama, hanya dalam kapasiti yang berbeza," katanya.

Beliau meletakkan jawatan Jumaat lepas selepas dimaklumkan akan menjadi calon BN.

Yussibnosh telah berkhidmat selama 21 tahun sebagai penjawat awam dan telah berkahwin serta dikurniakan tujuh anak.
 

Tiada ulasan: